Purchasing Power Parity (PPP) Satu metrik analisis makroekonomi yang popular untuk membandingkan produktiviti ekonomi dan taraf hidup antara negara. PPP adalah teori ekonomi yang membandingkan mata wang negara-negara yang berbeza melalui pendekatan "basket of goods". Secara mudah kaedah matetmatik diorang kirakan untuk bagi nampak kuasa membeli dalam matawang masing-masing.
Halaman
▼
Wednesday, September 25, 2019
(Video) Perkembangan ekonomi dari dunia (1980-2023). Lihat ranking di akhir video. Negara mana ranking pertama.
Video ini menunjukkan 20 negara-negara dengan GDP PPP tertinggi dari 1980 hingga 2023. Antara kuasa-kuasa besar dalam top ranking ialah Amerika Syarikat, China, Jepun, India, dan Jerman. Perbandingan jumlah GDP (PPP) juga dari benua lain kebanyakannya dari Amerika Utara, Eropah, dan Asia.
Purchasing Power Parity (PPP) Satu metrik analisis makroekonomi yang popular untuk membandingkan produktiviti ekonomi dan taraf hidup antara negara. PPP adalah teori ekonomi yang membandingkan mata wang negara-negara yang berbeza melalui pendekatan "basket of goods". Secara mudah kaedah matetmatik diorang kirakan untuk bagi nampak kuasa membeli dalam matawang masing-masing.
Purchasing Power Parity (PPP) Satu metrik analisis makroekonomi yang popular untuk membandingkan produktiviti ekonomi dan taraf hidup antara negara. PPP adalah teori ekonomi yang membandingkan mata wang negara-negara yang berbeza melalui pendekatan "basket of goods". Secara mudah kaedah matetmatik diorang kirakan untuk bagi nampak kuasa membeli dalam matawang masing-masing.
Monday, September 23, 2019
Bawal Goreng Ladang Kelapa Sawit Juru, Penang
Penang ni banyak betul tempat makan sedap-sedap dari Pulau sampai la ke Seberang Perai. Ada jer port-port makan femes.
Di Juru ada port baik punya untuk makan. Warung bawal goreng ladang kelapa sawit. Orang kata idea bawal goreng di pelopori dari penang. Orang kata la.
Apa yang ada disini dah tentu menu utama ikan bawal goreng di makan panas-panas bersama nasi. selain bawal goreng pelbagai lauk pauk lain ada disini.
Apa menjadi tarikan warung ni? Selain Bawal goreng yang rangup hingga tulang beserta sambal kicap yang sedap, Tarikan lain warung ni adalah persekitaran di ladang sawit. Memang tenang makan sini.
Tambahan lagi, harga juga murah dengan menu yang ada. Selamat menjamu selera.
Lokasi
Lokasi
814, Jalan Tok Kangar, Kawasan Perusahaan Ringan Juru, 14100 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Maps Lokasi
Maps Lokasi
Friday, September 13, 2019
(Video) Anak ular cobra tedung
Video ni menunjukkan rakaman anak ular cobra tedung baru menetas. Ada yang berpendapat bisa dari anak cobra lagi bahaya sebab anak cobra tidak mengawal bisa yang dikeluarkan.
Wednesday, September 11, 2019
Shopee referral code and get RM8.00 off off your first purchase!
For first time user only (open via mobile phone)
Use my referral code FARID6P3 to get RM8.00 off off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/a6eh96q
Use my referral code FARID6P3 to get RM8.00 off off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/a6eh96q
Tuesday, September 10, 2019
Saturday, September 7, 2019
Kolam renang terdalam di dunia Nemo 33 (kedalaman mancapai 34.5 meter)

mengandungi kira2 2.5 juta liter air.
Terdapat beberapa gua bawah air simulasi di paras kedalam 10 meter (33 kaki)
Design by : Belgian diving expert John Beernaerts
Lokasi: Brussels, Belgium
Wednesday, September 4, 2019
Fesyen zaman sekolah dulu (1994 - 2005-+)
- Rambut- belah tengah
- Seluar- tempah kat kedai cantona 7 Sungai wang plaza (ada lebih 4 jenama femes sederet situ).
- Poket belakang -marlboro, petak cutting
- Poket rahsia- untuk simpan rokok
- Potongan kaki- 22 hingga 24
- Kasut - penguin, palas jazz
- Beg masa tu sekolah- kecik jer. Buku teks biasa tinggal bawah meja
Monday, September 2, 2019
(Video) BUAT KECOH DI PANTAI, MAT REMPIT KENA TERAJANG. MEMANG SESUAI SANGAT TU…
Baru-baru ini, tular satu klip video yang menyaksikan sekumpulan mat rempit membuat bising di sebuah pantai peranginan awam dan akhirnya mendapat pengajaran setimpal.
Klip video itu bermula dengan sekumpulan mat rempit rev motosikal masing-masing, menyebabkan pencemaran asap motosikal dan bunyi bising. Mereka juga dilihat menunggang motosikal yang di kawasan yang sememangnya ada kanak-kanak di sana.
Tidak tahan dengan perangai monyet tersebut, sekumpulan pengunjung pantai yang terdiri daripada ibu bapa mula tampil untuk menghalau mereka.
Tidak mengambil masa yang lama, mereka mula tolak menolak, sebelum ada beberapa individu bertindak lebih keras dengan menerajang beberapa penunggang motosikal sehingga jatuh.
Malah, ada seorang makcik memegang sebatang kayu dengan berani melakukan konfrontasi ke atas beberapa orang mat rempit berkenaan. Apabila keadaan semakin panas, kumpulan mat rempit itu mula dikerumuni oleh orang ramai.
Semakin ramai juga yang meluahkan kemarahan mereka dan tidak semena-mena, seorang lelaki membuat flying kick ke kepala seorang mat rempit yang menunggang sebuah motosikal dipercayai Yamaha RX-Z. Kalau dah kena terajang macam tu, konfem lah tergolek atas pasir.
Satu sumber yang tidak dapat disahkan memberitahu ia berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Apa pun, diharapkan video ini boleh jadi pengajaran kepada mat rempit di mana-mana pun. Sila hormat orang lain, kalau tidak mahu kena terajang.
Untuk yang kena terajang tu, padan lah dengan muka kau..
Sumber : mekanika
Friday, August 30, 2019
Pengetahuan am kepada peminat kerang

Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang Serve Safe Management, Kerang.
Mesti di sini ramai peminat kerang kan? Pengetahuan am kepada peminat kerang. Ianya dikategori kan sebagai Hazardous food. Merbahaya pada kanak-kanak, ibu mengandung dan juga yang sudah berumur.
Sama seperti makanan laut lain yang bercengkerang. Anda perlu tahu untuk meminimakan risiko supaya tidak terkena food borne Illness sewaktu memakan kerang. Kerang rebus dan kerang bakar paling berisiko.
Bahagian yang patut dibuang sebelum anda makan kerang selepas dikopek adalah lumpur yang ada pada pelipat kerang. Lumpur ni kalau sedikit mungkin tak memudaratkan. Tetapi jika banyak, memang anda akan bermaustatin di dalam tandas untuk jangka masa yang panjang.

Selain dari lumpur, sila pastikan anda tidak makan baby crab yang ada pada pelipat dalam kerang. Sila awasi anak anda. Dan yang paling penting, apa sahaja makanan laut (seafood) mestilah Well Done! Tiada istilah rare, medium rare, medium, medium well.
Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.
Sumber : Arbi Mohd Arbi
Tuesday, August 27, 2019
Pemerintah China Larang Tulisan Arab dan Simbol Islam
![]() |
Tulisan arab di papan tanda halal di kedai makan telah di tutup |
Pekerja di 11 restoran dan kedai-kedai di Beijing menjual produk halal dan dikunjungi oleh Reuters pada hari-hari baru-baru ini berkata para pegawai telah memberitahu mereka untuk membuang imej yang berkaitan dengan Islam, seperti bulan sabit dan perkataan "halal" yang ditulis dalam bahasa Arab, dari papan tanda.
Pekerja kerajaan dari pelbagai pejabat memberitahu seorang pengurus kedai mi untuk menutup "halal" dalam bahasa Arab pada papan tanda kedainya, dan memerhatikan ketika melakukannya.
"Mereka berkata ini adalah budaya asing dan anda harus menggunakan lebih banyak budaya Cina," kata pengurus itu . Pemilik restoran dan pekerja itu enggan memberikan namanya kerana isu sensitive ini.
Kempen melawan skrip Arab dan imej Islam menandakan fasa baru gerakan yang telah mendapat momentum sejak 2016, yang bertujuan memastikan agama sesuai dengan budaya Cina.
Kempen ini termasuk penghapusan kubah gaya Timur Tengah dikebanyakkan masjid di seluruh negara untuk lebih kepada Chinese-style pagodas.
Di China, rumah kepada 20 juta umat Islam, secara rasmi menjamin kebebasan beragama, tetapi kerajaan telah berkempen untuk membawa golongan kepercayaan ini selaras dengan ideologi Parti Komunis.
Ia bukan hanya Muslim sahaja diawasi. Pihak berkuasa telah menutup banyak gereja Kristian underground, dan merobohkan beberapa salib gereja yang dianggap tidak sah oleh kerajaan.
Tetapi umat Islam telah mendapat perhatian khusus sejak rusuhan pada 2009 antara kebanyakan orang Uighur Muslim dan majoriti Han Chinese di rantau barat daya Xinjiang, kawasan minoriti Uighur.
Kekecohan etnik diikuti, dan beberapa orang Uighur, mengawal kawalan kerajaan, melakukan serangan pisau dan bom di kawasan awam dan menentang polis dan pihak berkuasa lain.
Sebagai tindak balas, China melancarkan apa yang digambarkan sebagai tindakan keras terhadap keganasan di Xinjiang.
Sekarang, mereka menghadapi kritikan teruk dari negara-negara Barat dan kumpulan hak, khususnya penahanan besar besaran dan pengawasan terhadap Uighur dan umat Islam lain di sana.
Kerajaan mengatakan tindakannya di Xinjiang adalah perlu untuk menghapuskan ekstremis agama. Para pegawai telah memberi amaran tentang penyebaran Islamisasi, dan telah memperluas kawalan yang lebih ketat terhadap minoriti Islam yang lain.
'NEW NORMAL'
Penganalisis berkata pihak Parti Komunis berkeyakinan bahawa pengaruh asing boleh membuat kumpulan keagamaan sukar dikawal.
"Bahasa Arab dilihat sebagai bahasa asing dan kini dilihat sebagai sesuatu di luar kawalan negara," kata Darren Byler, ahli antropologi di University of Washington yang mempelajari Xinjiang.
"Ia juga dilihat sebagai berkaitan dengan bentuk ketakwaan antarabangsa, atau di mata pihak berkuasa negara, ekstremisme agama. Mereka mahu Islam di China beroperasi terutamanya melalui bahasa Cina, "katanya.
Kelly Hammond, pembantu profesor di University of Arkansas yang mengkaji umat Islam minoriti Hui di China, berkata langkah itu adalah sebahagian daripada "langkah untuk mewujudkan keadaan new normal".
Beijing adalah penempatan kepada sekurang-kurangnya 1,000 kedai dan restoran halal, menurut aplikasi penghantaran makanan Meituan Dianping, merebak ke suku Muslim bersejarah di bandar serta di kawasan kejiranan lain.
Ia tidak pasti sama ada setiap restoran seperti di Beijing telah diberitahu untuk menutup skrip Arab dan simbol Islam. Seorang pengurus di restoran yang masih memaparkan bahasa Arab berkata, dia telah diperintahkan untuk membuangnya tetapi sedang menunggu tanda-tanda barunya.
Tanda halal di kedai makan telah di tutup dengan pelekat |
Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama dan Agama kerajaan Beijing enggan memberi komen, mengatakan arahan mengenai restoran halal adalah arahan nasional.
Zha Xi, seorang pegawai dari Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Kebangsaan, memberitahu Reuters pada Khamis bahawa perlembagaan China melindungi hak dan kepentingan sah semua kumpulan minoriti. Beliau enggan memberikan butir-butir mengenai arahan nasional yang dipetik oleh etnik dan jabatan agama di Beijing.
"Pada masa ini, peraturan makanan halal negara kita diurus secara tempatan, setiap jabatan berkaitan kerajaan tempatan menguruskannya mengikut pemakanan dan adat budaya tempatan," katanya, merujuk soalan lanjut mengenai perkara itu kepada jawatankuasa Beijing.
Walaupun kebanyakan pekedai yang ditemuramah oleh Reuters berkata mereka tidak keberatan menggantikan tanda halal mereka, ada yang mengatakan ia mengelirukan pelanggan dan pekerja mereka di kedai daging halal yang dituduh pihak berkuasa "menghapuskan" budaya Islam.
"Mereka sentiasa bercakap tentang perpaduan negara, mereka selalu bercakap tentang China yang antarabangsa. Adakah ini perpaduan negara? "
Sumber : Reuters
Monday, August 26, 2019
Selamat Hari Kebangsaan @ Merdeka 'maksud warna dan simbol jalur gemilang'
Sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ni. Mari kita kenali maksud disebalik Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) agar dapat mendalamkan dan menanamkan sifat patriotik di dalam hati semua rakyat Malaysia.
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang mengandungi
- Jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini
- Jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara
- 14 jalur pada Jalur Gemilang tanda keanggotaan dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan
- Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia,
- Anak bulan melambangkan Agama Islam - sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara.
- Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Wednesday, August 21, 2019
Pak Man Mee Kuah Ketam, Cherok Tok Kun Penang
Di Cherok Tok Kun jika ada ingin mencari makan boleh cuba warung Pak Man Mee Kuah Ketam. Warung ni sudah beroperasi lebih 25 tahun dan sekarang warung ni telah diuruskan oleh anak-anak founder. Apa yang ada sini? Dah tentu mee kuah ketam yang unik dan pasembor. Pasembor datang petang memang banyak habis. Bagi mee kuah ketam memang menarik unik. Sekali nampak macam kuah kicap yang biasa tapi setelah dihirup ia mempunyai gabungan rasa seafod yang unik, sedap dan mungkin takkan dapat pengalaman rasa ni di tempat lain. Susah nak jelaskan macamana. Kena datang sendiri cuba.
Sekarang sudah ada service delivery. Boleh order dari tempat yang bersekitaran.
Lokasi
6260, Jalan Kulim, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Maps Lokasi
lain-lain landmark.
-Simpang masuk Jalan Kolam untuk ke Hutan Lipur Bukit Mertajam
-Berdekatan Masjid Cherok Tok Kun

Maps Lokasi
lain-lain landmark.
-Simpang masuk Jalan Kolam untuk ke Hutan Lipur Bukit Mertajam
-Berdekatan Masjid Cherok Tok Kun

Sunday, August 18, 2019
Bahasa pertuturan anda bakal menjadi ikutan
Seawal 8 bulan, kanak kanak akan mula meniru tingkahlaku dan pertuturan ibu bapa. Mereka memerhatikan, mendengar dan meniru percakapan anda tanpa anda sedari.
Kena biasa diri cakap yang baik-baik. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita cakap. Maklumla dah biasa cakap bukan-bukan.
Gunakanlah bahasa yang baik baik, walau dalam situasi marah dan tertekan.. kerana ada telinga dan mata kecil yang sedang memerhati anda. Bukan anak-anak kita sahaja akan mewarisi bahasa kita. Malah sampai ke cucu nanti. Bak kata pepatah melayu 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Kalau dah jadi buluh dah keras apa pun tak leh buat lagi.
Sumber : PHM
Kena biasa diri cakap yang baik-baik. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita cakap. Maklumla dah biasa cakap bukan-bukan.
Gunakanlah bahasa yang baik baik, walau dalam situasi marah dan tertekan.. kerana ada telinga dan mata kecil yang sedang memerhati anda. Bukan anak-anak kita sahaja akan mewarisi bahasa kita. Malah sampai ke cucu nanti. Bak kata pepatah melayu 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Kalau dah jadi buluh dah keras apa pun tak leh buat lagi.
Sumber : PHM
Saturday, August 17, 2019
Kira Loan Kereta secara Manual.
Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM35,000 pada kadar faedah rata 2.7% untuk dibayar dalam 9 tahun.
Pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah sama rata untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman. Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.
Sumber : iMoney
- Jumlah Pinjaman = 35,000
- Jumlah Tempoh Pinjaman = 9
- Kadar Faedah = 2.7
- Jumlah Faedah Pinjaman Anda = 2.7/100 x 35,000 x 9 = RM 8505
- Faedah Bulanan Anda = 8505 / (9 x 12) = RM 78.75
- Ansuran Bulanan Anda = (35,000 + 8505 ) / (9 x 12) = RM 402.82
Pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah sama rata untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman. Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.
Sumber : iMoney
Friday, August 16, 2019
Ayam Goreng Mamak Bikin Resah
Resepi Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara-cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
p/s Sedapkan? tunggu apa lagi? Mari pergi pasar cari bahan-bahan.
Sumber: Twitter Resepi Makanan Malaysia
Sunday, August 11, 2019
Jom pilih bahagian yang rendah lemak dan kalori rendah
Bahagian-bahagian daging lembu
- Otak / Brain
- Stik Bahu / Shoulder Stik
- Dada / Chuck
- Tulang Rusuk / Rib
- Betis / Shank
- Lulur Pendek / Short Loin
- Batang Pinang / Sirloin
- Punggung / Round
- Ekor / Tail
- Lambung / Flank
Nampaknya bahagian ekor adalah paling berlemak tapi ada 2 bahagian lain yang sedap dan femes juga lebih protein. Satu dibahagian Lulur Pendek dikenali sebagai Tenderloin Steak manakala satu lagi di Batang Pinang sebagai Sirloin Steak. Dua bahagian ni memang part yang paling sedap. Dagingnya lembut seolah-olah keras di luar cair di mulut. Cubalah.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Saturday, August 10, 2019
Penunggang Grab Food pertahan motosikal dari disamun
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang penghantar makanan Grab Food, bergelut dengan dua lelaki bagi menyelamatkan motosikal Yamaha Y15zr miliknya dari cuba disamun di Phileo Damansara, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2.53 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di kawasan di Phileo Damansara 2, sebelum dihampiri dua suspek lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata setibanya di hadapan sebuah bangunan, salah seorang suspek mengarahkan mangsa turun dari motosikalnya.
“Suspek terbabit menyatakan motosikal yang dinaiki mangsa adalah motor curi dan suspek ingin mengambilnya.
“Pada masa sama, salah seorang lagi suspek yang datang dari arah belakang terus memukul kepala mangsa menggunakan besi pengunci hingga menyebabkan berlakunya pergelutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zani berkata semasa bergelut, salah seorang suspek cuba bertindak melarikan motosikal mangsa namun gagal selepas mangsa yang sedang bergelut bangun dan menendang motosikal miliknya hingga jatuh bagi menghalang suspek.
“Semasa pergelutan, telefon bimbit jenis Samsung dipercayai milik salah seorang suspek terjatuh dan tertinggal di lokasi kejadian selepas kedua-dua suspek cuba melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, hasil daripada maklumat saksi di lokasi kejadian, dia melihat salah seorang suspek membawa parang di belakangnya namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, kepala, belakang badan dan mulut namun tidak mengalami sebarang kerugian selepas motosikalnya gagal dilarikan,” katanya.
Katanya, sehubungan kejadian ini, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat serta melihat kejadian berkenaan untuk segera memaklumkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditalian 03-79662222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Ketika ini pihak polis sedang berusaha mengenalpasti identiti kedua-dua suspek berdasarkan maklumat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Sumber : Berita Harian
'Bubble Tea' Minuman Tinggi Gula
Teh ni bagus untuk kesihatan sebab ia ada antioksidan yang dikenali flavonoids. Ia membantu untuk mencegah kanser dan penyakit jantung dengan menghapuskan radikal-radikal yang tak bagus di dalam badan.
Tapi tula fenomena sekarang ni pelbagai campuran lain dicampur dalam teh ni dan juga gula yang banyak. Bayangkan la bubble tea tu sendiri pun dari gula perang. Belum lagi air teh yang di letak gula 1/3 cawan semasa penyediaan. Berganda-gandalah gula dalam secawan bubble tea. Kira-kira 350-500 kalori dalam satu cawan. Confirm boleh naik berat badan kalau amalkan selalu.
Top 5 bandar tempat kerja RILEK dan STRESS GILA
Friday, August 9, 2019
3 perkara yang paling susah nak buat kat dunia ni.
TIGA perkara yang paling susah dilakukan di dunia ini:
- Kau tak boleh kira rambut sendiri
- Kau tak boleh basuh mata kau dengan menggunakan sabun
- Kau tak boleh bernafas bila kau keluarkan lidah kau
Dah, sekarang masukkan balik lidah tu
Serupa anjing dah tengok.
Thursday, August 8, 2019
Nasi Ahmad 'Nasi Kandar Kota Damansara' KD
Di Penang terutama di Georgetown tak perlu diperkatakan lagi tentang syurga nasi kandar di sana. Kebanyakan pengunjung yang datang memang takkan terlepas nasi kandar dalam itinerary mereka. Rasa tak lengkap percutian diorang tanpa singgah mana-mana nasi kandar di Penang.
Ok mari kita ke Kota Damansara, Selangor. Satu kawasan 25km dari utara Kuala Lumpur. Stesen MRT berdekatan adalah Stesen Kota Damansara. Di sini selain uptown Kota Dame, Korang boleh cuba singgah kedai makan nasi kandar Ahmad. Waze saja. Datang masa lunch memang kena beratur. Salah satu pilihan nasi kandar yang harus di cuba. Lihat gambar di bawah pasti membuka selera.
Ayam, daging sotong semua menjadi pilihan pengunjung. Harga pula, berpatutan dan bukan harga terkejut. Standard price. Dont worry. Parking juga jangan risau sangat senang. Selamat menjamu selera.
Wednesday, August 7, 2019
Nasi Lemak 'Bukit Damansara' yang femes

Gerai Nasi Lemak ni dekat jalan Dungun, Bukit Damansara (berdekatan bulatan kecil) sentiasa beratur di waktu pagi.
Gerai ni dah lama lebih 9 tahun beroperasi. Cuma lokasi berlainan di sekitar bukit Damansara dan lokasi terakhir seperti di dalam gambar bersebelahan bulatan kecil.
Boleh dikatakan the best nasi lemak di Bukit Damansara. Boleh la korang cuba. Memang sedap.
Monday, August 5, 2019
e-Wallet Malaysia
Apa kelebihan Ewallet?
Kelebihan dia adalah anda tidak perlu bawa/kurang tunai untuk membeli sesuatu barang atau service. Maknanya jika anda hendak beli air minuman kat kedai yang menawarkan pembayaran ewallet. Tunjuk apps ewallet diphone anda dan scan. siap satu urusniaga. Mudah kan? Contoh lain adalah untuk bayar tol pun boleh. Jika anda malas ke ATM beratur panjang untuk keluarkan tunai, anda boleh topup by online banking ke ewallet anda. Xder la buang masa. Kelebihan lain dapat mengurangkan tunai anda untuk dibawa. Kurangkan risiko duit cicir/duit palsu atau urusniaga yang silap dan lebih teruk dirompak.
Di Malaysia 2 ewallet yang paling top adalah Touch and Go ewallet (TNG eWallet) dan BOOST. Mereka mempunyai lebih 60 ribu merchant yang menggunakan ewallet mereka. Biasanya dimana ada TNG eWallet disitu BOOST juga ada. Di harap mereka dapat mengembangkan service dengan lebih banyak lagi.
![]() |
Sumber Oppotus : suku pertama 2019 |
Dengan harapan juga peniaga-peniaga kecil seperti pasar malam, kedai makan, cuci kereta dan lain-lain gunalah ewallet sebagai alternatif penambahan transaksi anda. Transaksi anda semua akan terus masuk bank jadi mengurangkan risiko duit hilang disebabkan kecuaian pekerja, tidak amanah dan lebih teruk risiko ketika anda bawa duit balik atau ke bank.
Selain TNG eWallet dan BOOST ada hampir 50 vendor ewallet di Malaysia. Jadi camna semua?. Dah ready untuk terima perubahan yang menarik ini.
Friday, August 2, 2019
Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi

KUALA LUMPUR: Seramai lapan mangsa mengalami kecederaan selepas lif sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, ibu negara terhempas dari tingkat lima bangunan itu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, pada Jumaat.


"Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mereka terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyatakan empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan bahagian pergelangan kaki.
"Kesemua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," jelasnya.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber : JBPM