Tuesday, July 23, 2019

(Video) Lelaki Dirakam Cuba Panjat Sayap Pesawat, Penerbangan Ke Nigeria Terpaksa Ditangguhkan

Seorang lelaki didakwa memanjat sayap pesawat ke arah salah satu enjin kapal terbang tersebut. Tindakannya itu telah mengakibatkan penerbangan dari Lagos, Nigeria terpaksa ditangguhkan.

Dengan keadaan yang cemas, para penumpang berusaha memberi isyarat kepada juruterbang sebelum meneruskan penerbangan. Ada yang meminta untuk membuka pintu kecemasan untuk keluar.

Namun, menerusi satu video yang sempat dirakam oleh salah seorang penumpang, lelaki yang tidak dikenali itu memanjat dan bergerak di atas sayap pesawat Azman Air di lapangan terbang itu.

Satu laporan menyatakan, lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai satu beg yang dipercayai dicuri daripada pesawat lain. Menurut pihak berkuasa penerbangan Nigeria telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah ditahan dan penerbangan diteruskan seperti sedia kala.


Kisah ini mungkin memberi kesamaan dengan kejadian tragedi di mana seorang lelaki bekerja sebagai jurutera maut ketika terjun daripada pesawat Kenya Airway ketika tiba di London.

Kisah ini mungkin memberi kesamaan dengan kejadian tragedi di mana seorang lelaki bekerja sebagai jurutera maut ketika terjun daripada pesawat Kenya Airway ketika tiba di London.


Sumber: The Sun.uk
Read More »

Gangguan Air Di Selangor Dan Kuala Lumpur Pulih 77 Peratus Setakat 6 Pagi



SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Proses pemulihan gangguan bekalan air di kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur akibat pencemaran diesel di Sungai Selangor, mencapai tahap pemulihan keseluruhan 77 peratus, setakat 6 pagi ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata kawasan terjejas di Gombak dan Kuala Selangor kini mencapai tahap pemulihan masing-masing 94 dan 90 peratus.

“Kawasan di Kuala Lumpur pula mencapai tahap pemulihan 82 peratus; Klang/Shah Alam (75 peratus); Petaling (70 peratus); Hulu Selangor (47 peratus); dan Kuala Langat (39 peratus).

“Proses pemulihan ini sedang dilaksanakan dan sasaran pemulihan keseluruhan gangguan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah pada pukul 9 pagi Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan lori tangki terus digerakkan selain pengaktifan 24 jam Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

Selain itu, kata Abdul Raof, pengguna di kawasan terjejas juga boleh mendapatkan bekalan air melalui pili awam yang turut disediakan ekoran insiden pencemaran berkenaan.

Tambah beliau, pengguna boleh mendapatkan maklumat dan status terkini gangguan bekalan air melalui aplikasi ‘Air Selangor’ pada telefon pintar atau menerusi laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook ‘Air Selangor’ dan Twitter @air_selangor.

Pada Jumaat lepas, sebanyak 1,191,942 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas dengan gangguan air tidak berjadual ekoran insiden pencemaran diesel yang dikesan di  Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dekat sini.


Sumber: Bernama
Read More »

Monday, July 22, 2019

PLUS cadang pasang kamera kelajuan purata di jambatan Pulau Pinang



GEORGE TOWN - PLUS Malaysia Bhd, pengendali Jambatan Pulau Pinang, meninjau untuk memasang kamera kelajuan purata di jambatan itu sebagai langkah penguatkuasaan tambahan untuk menghalang pemanduan melebihi had laju semasa menyeberangi jambatan itu.

Ketua Pegawai Operasinya Zakaria Ahmad Zabidi berkata syarikat kini bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), untuk memasang kamera berkenaan yang akan merakam kenderaan yang melebihi had laju serta maklumat pendaftaran kenderaan yang masuk dan keluar dari jambatan.

“Kelajuan purata kenderaan akan dikira untuk menentukan sama ada dipandu melebihi kelajuan atau tidak dan ini merupakan antara strategi penguatkuasaan,” katanya semasa ditemui di luar acara Persidangan Konsesi Lebuh raya 2019 di sini hari ini.

Beliau berkata PLUS juga kini menunggu hasil audit keselamatan jalan raya yang dijalankan mengenai jambatan itu bagi menentukan langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan jambatan berkenaan.

“Walaupun kami telah mematuhi semua standard kejuruteraan bagi jambatan, kami juga menjalankan audit keselamatan jalan raya kami sendiri. Kami akan melihat daripada audit dan kemudiannya akan bertindak dengan sewajarnya jika terdapat keperluan (untuk menambah langkah keselamatan),” katanya.

Pengguna jambatan bimbang terhadap keselamatan di jambatan berikutan kejadian sebuah kereta yang dikatakan dipandu laju berlanggar dengan kenderaan lain sehingga terhumban ke laut pada Februari lepas yang menyebabkan seorang pemandu maut.

Zakaria berkata PLUS sentiasa mementingkan keselamatan dan melalui penekanan ini, hanya 2.4 peratus daripada 13,000 kemalangan yang dicatatkan di seluruh negara tahun lepas berlaku di lebuh raya konsesinya.

“Kami berbangga dengan langkah keselamatan yang kami laksanakan dan juga berbangga kerana Lebuhraya PLUS sebagai antara lebuh raya paling selamat di negara ini. Kami menumpukan tiga elemen secara meluas yang kami kenali sebagai ‘3E’, iaitu ‘enforcement’ (penguatkuasaan), ‘engineering’ (kejuruteraan) dan ‘education’ (pendidikan),” katanya.

Elemen ini diguna pakai melaui kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan polis, penggunaan teknologi baharu untuk penyelenggaraan lebuh raya dan kemudahan serta kempen kesedaran keselamatan yang selalu diadakan, katanya. - Bernama
Read More »

Sunday, July 21, 2019

PDRM Minta Pengguna Untuk Padam Segera 7 Aplikasi Ini Dari Peranti Mereka



Pada era moden ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab nampaknya semakin kerap melakukan intipan melalui medium digital seperti aplikasi telefon pintar, akaun atas talian dan sebagainya.
Ia dipandang serius oleh banyak pihak terutamanya pengguna dan pihak berkuasa sendiri. Pihak berkuasa di negara kita juga tidak terkecuali.
Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sebentar tadi telah meminta pengguna telefon pintar di negara ini untuk memadam tujuh(7) aplikasi mudah alih sekiranya ia terpasang dalam peranti milik anda.
#JomBeringat
BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.
Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy
.
Foto: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.
Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.
Pengguna juga diminta agar tidak memuat naik sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.
Oleh itu, anda semua diminta untuk menyemak kembali senarai aplikasi yang telah dimuat-turun dan dipasang pada peranti anda bagi memastikan tujuh(7) aplikasi di atas tidak berada dalam telefon milik anda.

Sebarkan untuk kebaikan bersama.


Sumber: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Read More »

Saturday, July 20, 2019

Nak lari, enjin bot rosak pula..

CUBAAN 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk keluar dari negara ini melalui laluan haram tidak berhasil selepas semua mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditahan di sebuah bot di beting Bagan Sungai Tiang, Rungkup, Bagan Datuk, semalam.


Dalam kejadian pada jam 6.30 petang, bot ‘barter trade’ tanpa nombor dikendalikan seorang tekong dan seorang awak-awak tersangkut di beting dan mengalami kerosakan enjin.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bot ronda menahan bot berkenaan di kedudukan 0.7 batu nautika (1.2 kilometer) dari Bagan Sungai Tiang hasil maklumat awam.


Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati 12 lelaki termasuk tekong dan awak-awak bersama tujuh wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berada dalam bot berkenaan.
“Semua warga asing berusia antara dua hingga 45 tahun dan ketika ditahan, tekong serta awak-awak sedang membaiki enjin bot yang rosak.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati hanya 12 individu memiliki pasport, namun sudah tamat tempoh manakala selebihnya pula tiada sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rosman berkata, semua warga asing ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, semua PATI bersama bot kemudian dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan untuk tindakan lanjut.
“PPM Perak akan bertindak tegas terhadap aktiviti penyeludupan berlaku di perairan negeri ini dan mengalu-alukan penyaluran maklumat sebarang kegiatan jenayah di laut supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

-MyMetro
Read More »

Harimau Belang yang berkeliaran di Bukit Besi telah berjaya ditangkap

Harimau Belang yang berkeliaran di Bukit Besi telah berjaya ditangkap oleh Jabatan PERHILITAN. Harimau tersebut berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan Jabatan dan dijangka akan dipindahkan ke NWRC secepat mungkin.
Operasi mencari dan menjejak seekor lagi harimau yang didakwa masih di kawasan hutan berdekatan masih diteruskan.
Orang Awam adalah diingatkan agar berhati-hati di kawasan tersebut dan segera melaporkan kepada Jabatan PERHILITAN di talian Hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 jika terjumpa dengan hidupan liar tersebut.

Read More »

Harimau muncul di jalan raya Dungun

Kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang tular di laman sosial sejak tengah hari tadi disahkan berlaku di Dungun, Terengganu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi ini.
Harimau muncul di tengah jalan raya di Dungun
"Kakitangan perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'pak belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.
Dr Abdul Malek berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.
Pada Februari 2016, negara digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan seekor harimau belang di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kemaman.
Image result for harimau dungun
Dalam kemalangan pukul 1 pagi itu, harimau tersebut mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.
Pada Nov 2018 pula, seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 (LPT2) berhampiran Dungun, Terengganu.
-Bernama
Read More »