Korang yang tengah nak cari kereta lain, atau sesiapa yang baru nak pakai first car, boleh lah ke JPJ Bukit Katil pada 15 Ogos ini sebab mereka ada buat lelongan kereta dengan harga murah!
Ada 84 kereta yang akan dilelong bermula jam 9.30 pagi.
Mini Cooper RM 4,500
Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata antara kereta-kereta yang bakal dilelong bulan depan ialah Mini Cooper keluaran 2005 dengan harga bidaan RM 4,500.
Tambahnya kepada Berita Harian, semua kenderaan nak dilelong ni telah disita sejak tahun 2014, sama ada ketika operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya..
87 kenderaan yang akan dilelong termasuk 79 kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai tidak boleh daftar termasuk Mini Cooper berkenaan,”Antara kenderaan lain yang ada dalam senarai lelongan ialah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Accord dan Toyota Wish.
Harga rizab serendah RM 300
Tambahnya lagi, harga rizab paling rendah bagi kenderaan yang boleh daftar adalah Proton Saga keluaran 1998 pada harga RM 450, manakala paling tinggi adalah Honda Accord keluaran 2005 berharga RM19,500.
“Bagi kenderaan tidak boleh daftar pula, harga rizab paling rendah adalah RM300 untuk PERODUA Kancil dan tertinggi RM12,000 bagi Honda Odyssey.”Tarikh akhir jualan dokumen lelong yang hanya boleh dibeli secara tunai adalah sehingga jam 4 petang, 13 Ogos.
“Nilai bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan pembida yang berminat perlu membeli naskhah dokumen lelongan dari kami pada harga RM100,”
Semua kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 8 dan 9 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
“Pembida yang berminat boleh membawa salinan kad pengenalan dan dikehendaki membayar deposit RM2,000 secara tunai sewaktu pendaftaran.”
Tapi jangan risau wang tersebut akan dikembalikan kalau bidaan tu tak berjaya, tapi akan ditolak daripada nilai bidaan sekiranya bidaan itu berjaya dibuat.
Sumber : LobakMerah
Model mobil Honda Jazz cukup keren dan saya bermaksud membeli Honda Jazz 2020.
ReplyDelete