Atuk dan nenek
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara. Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri.. Nenek : "Mahu kemana?" Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air" Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA" Atuk : "OK .." Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?" Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya" Atuk : "Beres .. !!" Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya" Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?" Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus. Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu" Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?" Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY." Siapa yang pelupa ? PERKAHWINAN Al-kisah 1 Awal Perkahwinan Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke..” Penghujung perkahwinan Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “apa shopping moping..?..aku kompang kang….” Al-Kisah 2 Awal Perkahwinan Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “OK..no problem..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “Awak tak boleh masak ke ?” Penghujung perkahwinan Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “awak nikah je lah ngan mamak kedai tu…” Al-Kisah 3 Awal Perkahwinan Isteri : “Ayang mengandung..” Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Abang tolong buat susu anak..” Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..” Penghujung perkahwinan Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..” Suami : “Haiii..anak awak..memang ikut mak…gerenti bengong nyer…” Al-Kisah 4 Awal Perkahwinan Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : “OK..no problem..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..” Penghujung perkahwinan Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : ” apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer…saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni….”.. Al-Kisah 5 Awal Perkahwinan Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “Apa yang ayang inginkan..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?” Penghujung perkahwinan Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “kompang nak ?”… Al-Kisah 6 Awal Perkahwinan Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : “takpe, biar abang masak..” Pertengahan Perkahwinan Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : “masak jer la apa2 jer..” Penghujung perkahwinan Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : ” bakar je lar dapur tu…”… Bomoh Peramal CuacaDi pedalaman perkampungan Borneo, datang seorang mat saleh yg bernama Mr. John. Hobinya adalah jungle trekking. Tapi ada satu yg merisaukan dia ketika trekking iaitu keadaan cuaca yg tak menentu.. Orang kampung menasihati Mr. John supaya mendapatkan ramalan drpd Pak Dukun kerana ramalan dia selalunya sangat tepat.. Mr. John: Penduduk kampung said, uncle pandai meramal cuaca. Hm, can i know, tomorrow hujan or tidak? Pak Dukun: Hujan. Mr. John: Owh, really? Thanks ya. Tomorrow i takkan masuk hutan. Keesokan harinya, Mr. John datang lagi utk mendapatkan ramalan Pak Dukun. Mr. John: Uncle, tomorrow hujan atau tidak? Pak Dukun: Tak hujan. Lepas dengar ramalan Pak Dukun, Mr John segera menyiapkan semua kelengkapan dia untuk masuk ke hutan. Aktiviti jungle trekking dia berjalan sungguh lancar. Dia rasa sangat gembira sekali. Pada malam tu, Mr. John datang bertemu lagi dengan Pak Dukun untuk dapatkan ramalan hari esok pulak.. Mr. John: Wow, ramalan uncle memang tepat. I sungguh tak sangka. Can i know cuaca esok pula uncle? Pak Dukun: Saya tak tau la. Harini radio saya rosak.. Mr. John: .................. BosNi kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan msalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding. "Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas,sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?" Kisah Malam PengantinSeorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon. “Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Baskon. “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.” “Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Abon ingin tahu. “Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.” “Ho oh.” “Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.” “Wah, gila kau!” Abon terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?” “Itulah masalahnya,” Baskon menjawap. “Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!” Kisah Orang Yang Takda Komputer Dan Email Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja. Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur. Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu. Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya” |
No comments:
Post a Comment