Wednesday, July 31, 2019

Kata-Kata Semangat

Image may contain: text

Aku dah cukup tua untuk ambil kisah orang suka atau tak. Suka, sukalah. Tak suka, sudah
Read More »

Badminton sukan overall body

Korang suka main badminton? Baik korang suka. Badminton adalah salah satu sukan yang menggunakan otot bawah dan atas badan secara konsisten dan keras.

Korang tak perlu pikir nak latihan otot mana.  main badminton boleh kata overall body guna. Lebih-lagi jika anda jenis jump smash. Tahukah gerakan jump smash menggunakan dari otot keting, peha, perut,  dada, bahu, lengan dan seterusnya pergelangan tangan secara serentak. Semua otot tadi akan digunakan serentak. Syokkan? 

Konsep yang sama digunakan dalam bola tampar, basketball. Tapi kita fokus kepada badminton.  Jadi marila kita bermain badminton untuk gerakkan semua otot kita dengan gembira.




Read More »

Touch 'n Go eWallet PIN (PIN TIADA LAGI)

Kepada pengguna baru TOUCH N GO eWALLET
Dapatkan (FREE RM6 + 3x 100% Tol Rebate) dgn hanya lakukan 5 step di bawah ni

  1. Download Apps Touch n Go eWallet di Playstore dan Apps store.
  2. Register ikut step sampai complete dan masukkan referral code: 63qzdi (3 X 100% Tol Rebat) 
  3. Bila complete klik 'RELOAD NOW' dekat main pages dalam Apps tu. 
  4. Kemudian klik TNG RELOAD PIN & masukkan mana2 no siri/pin gambar di bawah. Jika INVALID, wasap.my/60182703389/tngpin untuk pin baru 
  5. Done! Selain Tol, boleh juga berbelanja di lebih 80k merchant antaranya (Shell, MrDIY DLL)

*Satu softpin hanya untuk satu Acc sahaja..
*Sila wasap untuk no SIRI/PIN dalam kuantiti yang banyak jika mahu diberikan kepada orang lain.
wasap.my/60182703389/tngpin






Read More »

Monday, July 29, 2019

Nasi Kudu bin Abdul 'Nasi Kandar KL' yang femes

Siapa yang tak kenal restoran nasi kandar kl ni yang sentiasa beratur di Jalan TAR di persimpangan maju junction. Kedai ni biasa ramai dan beratur.  30 minit beratur tu standard. Tapi ada trick untuk tak beratur.  Jangan datang masa lunch. datang petang lepas kol 5 petang.  Lauk pun masih banyak.
Rata-rata pengunjung ambil lauk ayam goreng atau ayam bawang.  Tapi ku rekemen cuba limfa. Di sini air bandung selasih menjadi pilihan. 
Harga pula,  berpatutan dan bukan harga terkejut.  standard price. Dont worry. 
Lokasi boleh waze. kalau pakai kereta parking agak payah sket. Better naik motor.  Pada siapa nak naik pengangkutan awam. Guna Monorel berhenti di Stesen Medan Tuanku. 400m berjalan. Selamat berjaya. 






parking jauh sedikit




Read More »

Wednesday, July 24, 2019

Ku sunting maduku...




PERKENALANNYA bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya.
Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini.

Ia bukan sesuatu yang mudah namun bagi Khuzatul Atiqah yang sarat mengandung anak sulungnya kerana dia mahukan kehidupan suami tidak terabai serta mendapat layanan adil.

Lebih menggembirakan apabila mereka memilih untuk tinggal sebumbung di Shah Alam, Selangor yang bukan sahaja membolehkan mereka beribadah bersama-sama malah berkongsi kasih.

“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya.

“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya.

“Ramai wanita yang saya temui, ada antara mereka masih anak dara tetapi apabila memberitahu niat saya, mereka memberi pelbagai alasan. Hinggalah saya bertemu Nur Fathonah dan saya melamarnya untuk suami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian.

“Ketika itu, saya memegang tangannya dan memberitahu niat saya. Saya tahu dia ibu tunggal dua anak dan melihat kepada keperibadiannya selain solat istikharah memohon petunjuk daripada-Nya.

“Dia (Nur Fathonah) tidak terkata apa-apa dan hanya memandang mata saya. Saya jelaskan kepadanya kebaikan serta pendapat mengenai berpoligami. Alhamdulillah, dia terima lamaran hingga disatukan,” katanya.

Sebelum ini, Khuzatul Atiqah memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya.

Coretan itu mendapat pujian ribuan netizen malah ada yang memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa.

“Sesungguhnya... cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama.

Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.”

Tidak kurang juga coretan madunya, Nur Fathonah: “Ya Allah terima kasih Ya Allah. Untuk segala nikmat yang diberikan. Tak pernah saya sangka untuk hidup dalam keluarga yang berpoligami.

Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berpoligami. Setelah saya berpisah dengan bekas suami, saya telah bertekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi akan menerima suami orang. Sejak dari itu, kehidupan saya hanyalah untuk saya dan anak-anak saya sahaja.

“Saya bertungkus lumus siang dan malam demi untuk mencukupkan keperluan kehidupan. Walaupun begitu, di mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hina.”

Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial.

“Kehidupan bermadu saya banyak pelajari daripada keluarga mentua. Bapa mentua saya berkahwin tiga dan saya masih mempunyai tiga ibu mentua,” katanya.

Ditanya apa reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman.

“Semua sudah selesai, saya bukan sahaja menghadiahkan sesuatu untuk suami malah turut membantu Nur Fathonah yang sebelum ini bergelar ibu tunggal,” katanya.

Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam.

“Status yang dimuat naik itu kerana mahu menceritakan perkara sebenar. Ini kerana, ada yang salah faham dan melemparkan fitnah kepada madu saya,” katanya.

Sumber : Hmetro
Read More »

Mini Cooper RM 4,500 Je? Ini Senarai Kereta Sita JPJ Yang Akan Dilelong Serendah RM450 Ogos Nanti



Korang yang tengah nak cari kereta lain, atau sesiapa yang baru nak pakai first car, boleh lah ke JPJ Bukit Katil pada 15 Ogos ini sebab mereka ada buat lelongan kereta dengan harga murah!
Ada 84 kereta yang akan dilelong bermula jam 9.30 pagi.
Mini Cooper RM 4,500




Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata antara kereta-kereta yang bakal dilelong bulan depan ialah Mini Cooper keluaran 2005 dengan harga bidaan RM 4,500.
Tambahnya kepada Berita Harian, semua kenderaan nak dilelong ni telah disita sejak tahun 2014, sama ada ketika operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya..
87 kenderaan yang akan dilelong termasuk 79 kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai tidak boleh daftar termasuk Mini Cooper berkenaan,”
Antara kenderaan lain yang ada dalam senarai lelongan ialah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Accord dan Toyota Wish.
Harga rizab serendah RM 300

Tambahnya lagi, harga rizab paling rendah bagi kenderaan yang boleh daftar adalah Proton Saga keluaran 1998 pada harga RM 450, manakala paling tinggi adalah Honda Accord keluaran 2005 berharga RM19,500.
“Bagi kenderaan tidak boleh daftar pula, harga rizab paling rendah adalah RM300 untuk PERODUA Kancil dan tertinggi RM12,000 bagi Honda Odyssey.”
“Nilai bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan pembida yang berminat perlu membeli naskhah dokumen lelongan dari kami pada harga RM100,” 
Tarikh akhir jualan dokumen lelong yang hanya boleh dibeli secara tunai adalah sehingga jam 4 petang, 13 Ogos.
Semua kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 8 dan 9 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Pembida yang berminat boleh membawa salinan kad pengenalan dan dikehendaki membayar deposit RM2,000 secara tunai sewaktu pendaftaran.”
Tapi jangan risau wang tersebut akan dikembalikan kalau bidaan tu tak berjaya, tapi akan ditolak daripada nilai bidaan sekiranya bidaan itu berjaya dibuat.

Sumber : LobakMerah
Read More »

Peninju Rusia, Maxim Dadashev, temui ajal selepas bertarung

Peninju Rusia, Maxim Dadashev, temui ajal selepas bertarung


Maxim Dadashev, 28, mengalami kecederaan dalam pertarungan sengit di Amerika Syarikat menentang Subriel Matias dari Puerto Rico. - Gambar Instagram @dadashev_m
PENINJU kelahiran Rusia, Maxim Dadashev maut selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala semasa pertarungan dalam sebuah gelanggang di Maryland, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan dalam pertarungan sengit di sewaktu menentang Subriel Matias dari Puerto Rico.

"Ia sangat sedih. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan," kata Presiden Persekutuan Tinju Rusia, Umar Kremlev kepada portal Sport Express.

Persekutuan Tinju Rusia menjelaskan bahawa mereka akan membayar kos pengebumian Dadashev dan membayar pampasan kepada keluarganya.

Menurut pengasas Top Rank, Bob Arum, Dadashev ialah pemuda yang hebat dan mereka sangat berdukacita dan terkesan dengan pemergian peninju itu.

"Maxim adalah seorang pejuang yang berbakat di dalam gelanggang dan seorang suami serta bapa yang penyayang di luar gelanggang. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama keluarga dan rakan-rakannya," tambah beliau.


Dadashev mula menunjukkan simptom trauma di bahagian kepala semasa berjalan semula ke bilik persalinan berikutan pertarungan di Teater di MGM National Harbour.

Jurulatihnya, Buddy McGirt, telah menghentikan pertandingan beberapa minit sebelum pusingan ke-11, setelah Dadashev menerima tumbukan kuat di kepalanya.

Dadashev kemudian muntah dan segera diangkut oleh pihak kecemasan dan dibawa ke hospital untuk pembedahan kecemasan.

Semasa prosedur dua jam awal Sabtu di Pusat Hospital Prince George, Dadashev menunjukkan kesan cedera di bahagian kanan tempurung kepalanya dan bahagian tersebut dikeluarkan untuk melegakan bengkak dari hematoma subdural.

Ekoran itu, pihak Persekutuan Tinju Rusia mengambil tindakan untuk membuat siasatan terhadap tragedi tersebut.                                                 
Read More »

Tuesday, July 23, 2019

(Video) Lelaki Dirakam Cuba Panjat Sayap Pesawat, Penerbangan Ke Nigeria Terpaksa Ditangguhkan

Seorang lelaki didakwa memanjat sayap pesawat ke arah salah satu enjin kapal terbang tersebut. Tindakannya itu telah mengakibatkan penerbangan dari Lagos, Nigeria terpaksa ditangguhkan.

Dengan keadaan yang cemas, para penumpang berusaha memberi isyarat kepada juruterbang sebelum meneruskan penerbangan. Ada yang meminta untuk membuka pintu kecemasan untuk keluar.

Namun, menerusi satu video yang sempat dirakam oleh salah seorang penumpang, lelaki yang tidak dikenali itu memanjat dan bergerak di atas sayap pesawat Azman Air di lapangan terbang itu.

Satu laporan menyatakan, lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai satu beg yang dipercayai dicuri daripada pesawat lain. Menurut pihak berkuasa penerbangan Nigeria telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah ditahan dan penerbangan diteruskan seperti sedia kala.


Kisah ini mungkin memberi kesamaan dengan kejadian tragedi di mana seorang lelaki bekerja sebagai jurutera maut ketika terjun daripada pesawat Kenya Airway ketika tiba di London.

Kisah ini mungkin memberi kesamaan dengan kejadian tragedi di mana seorang lelaki bekerja sebagai jurutera maut ketika terjun daripada pesawat Kenya Airway ketika tiba di London.


Sumber: The Sun.uk
Read More »

Gangguan Air Di Selangor Dan Kuala Lumpur Pulih 77 Peratus Setakat 6 Pagi



SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Proses pemulihan gangguan bekalan air di kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur akibat pencemaran diesel di Sungai Selangor, mencapai tahap pemulihan keseluruhan 77 peratus, setakat 6 pagi ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata kawasan terjejas di Gombak dan Kuala Selangor kini mencapai tahap pemulihan masing-masing 94 dan 90 peratus.

“Kawasan di Kuala Lumpur pula mencapai tahap pemulihan 82 peratus; Klang/Shah Alam (75 peratus); Petaling (70 peratus); Hulu Selangor (47 peratus); dan Kuala Langat (39 peratus).

“Proses pemulihan ini sedang dilaksanakan dan sasaran pemulihan keseluruhan gangguan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah pada pukul 9 pagi Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan lori tangki terus digerakkan selain pengaktifan 24 jam Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

Selain itu, kata Abdul Raof, pengguna di kawasan terjejas juga boleh mendapatkan bekalan air melalui pili awam yang turut disediakan ekoran insiden pencemaran berkenaan.

Tambah beliau, pengguna boleh mendapatkan maklumat dan status terkini gangguan bekalan air melalui aplikasi ‘Air Selangor’ pada telefon pintar atau menerusi laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook ‘Air Selangor’ dan Twitter @air_selangor.

Pada Jumaat lepas, sebanyak 1,191,942 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas dengan gangguan air tidak berjadual ekoran insiden pencemaran diesel yang dikesan di  Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dekat sini.


Sumber: Bernama
Read More »

Monday, July 22, 2019

PLUS cadang pasang kamera kelajuan purata di jambatan Pulau Pinang



GEORGE TOWN - PLUS Malaysia Bhd, pengendali Jambatan Pulau Pinang, meninjau untuk memasang kamera kelajuan purata di jambatan itu sebagai langkah penguatkuasaan tambahan untuk menghalang pemanduan melebihi had laju semasa menyeberangi jambatan itu.

Ketua Pegawai Operasinya Zakaria Ahmad Zabidi berkata syarikat kini bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), untuk memasang kamera berkenaan yang akan merakam kenderaan yang melebihi had laju serta maklumat pendaftaran kenderaan yang masuk dan keluar dari jambatan.

“Kelajuan purata kenderaan akan dikira untuk menentukan sama ada dipandu melebihi kelajuan atau tidak dan ini merupakan antara strategi penguatkuasaan,” katanya semasa ditemui di luar acara Persidangan Konsesi Lebuh raya 2019 di sini hari ini.

Beliau berkata PLUS juga kini menunggu hasil audit keselamatan jalan raya yang dijalankan mengenai jambatan itu bagi menentukan langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan jambatan berkenaan.

“Walaupun kami telah mematuhi semua standard kejuruteraan bagi jambatan, kami juga menjalankan audit keselamatan jalan raya kami sendiri. Kami akan melihat daripada audit dan kemudiannya akan bertindak dengan sewajarnya jika terdapat keperluan (untuk menambah langkah keselamatan),” katanya.

Pengguna jambatan bimbang terhadap keselamatan di jambatan berikutan kejadian sebuah kereta yang dikatakan dipandu laju berlanggar dengan kenderaan lain sehingga terhumban ke laut pada Februari lepas yang menyebabkan seorang pemandu maut.

Zakaria berkata PLUS sentiasa mementingkan keselamatan dan melalui penekanan ini, hanya 2.4 peratus daripada 13,000 kemalangan yang dicatatkan di seluruh negara tahun lepas berlaku di lebuh raya konsesinya.

“Kami berbangga dengan langkah keselamatan yang kami laksanakan dan juga berbangga kerana Lebuhraya PLUS sebagai antara lebuh raya paling selamat di negara ini. Kami menumpukan tiga elemen secara meluas yang kami kenali sebagai ‘3E’, iaitu ‘enforcement’ (penguatkuasaan), ‘engineering’ (kejuruteraan) dan ‘education’ (pendidikan),” katanya.

Elemen ini diguna pakai melaui kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan polis, penggunaan teknologi baharu untuk penyelenggaraan lebuh raya dan kemudahan serta kempen kesedaran keselamatan yang selalu diadakan, katanya. - Bernama
Read More »

Sunday, July 21, 2019

PDRM Minta Pengguna Untuk Padam Segera 7 Aplikasi Ini Dari Peranti Mereka



Pada era moden ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab nampaknya semakin kerap melakukan intipan melalui medium digital seperti aplikasi telefon pintar, akaun atas talian dan sebagainya.
Ia dipandang serius oleh banyak pihak terutamanya pengguna dan pihak berkuasa sendiri. Pihak berkuasa di negara kita juga tidak terkecuali.
Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sebentar tadi telah meminta pengguna telefon pintar di negara ini untuk memadam tujuh(7) aplikasi mudah alih sekiranya ia terpasang dalam peranti milik anda.
#JomBeringat
BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.
Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy
.
Foto: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.
Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.
Pengguna juga diminta agar tidak memuat naik sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.
Oleh itu, anda semua diminta untuk menyemak kembali senarai aplikasi yang telah dimuat-turun dan dipasang pada peranti anda bagi memastikan tujuh(7) aplikasi di atas tidak berada dalam telefon milik anda.

Sebarkan untuk kebaikan bersama.


Sumber: FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Read More »

Saturday, July 20, 2019

Nak lari, enjin bot rosak pula..

CUBAAN 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk keluar dari negara ini melalui laluan haram tidak berhasil selepas semua mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditahan di sebuah bot di beting Bagan Sungai Tiang, Rungkup, Bagan Datuk, semalam.


Dalam kejadian pada jam 6.30 petang, bot ‘barter trade’ tanpa nombor dikendalikan seorang tekong dan seorang awak-awak tersangkut di beting dan mengalami kerosakan enjin.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bot ronda menahan bot berkenaan di kedudukan 0.7 batu nautika (1.2 kilometer) dari Bagan Sungai Tiang hasil maklumat awam.


Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati 12 lelaki termasuk tekong dan awak-awak bersama tujuh wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berada dalam bot berkenaan.
“Semua warga asing berusia antara dua hingga 45 tahun dan ketika ditahan, tekong serta awak-awak sedang membaiki enjin bot yang rosak.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati hanya 12 individu memiliki pasport, namun sudah tamat tempoh manakala selebihnya pula tiada sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rosman berkata, semua warga asing ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, semua PATI bersama bot kemudian dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan untuk tindakan lanjut.
“PPM Perak akan bertindak tegas terhadap aktiviti penyeludupan berlaku di perairan negeri ini dan mengalu-alukan penyaluran maklumat sebarang kegiatan jenayah di laut supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

-MyMetro
Read More »

Harimau Belang yang berkeliaran di Bukit Besi telah berjaya ditangkap

Harimau Belang yang berkeliaran di Bukit Besi telah berjaya ditangkap oleh Jabatan PERHILITAN. Harimau tersebut berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan Jabatan dan dijangka akan dipindahkan ke NWRC secepat mungkin.
Operasi mencari dan menjejak seekor lagi harimau yang didakwa masih di kawasan hutan berdekatan masih diteruskan.
Orang Awam adalah diingatkan agar berhati-hati di kawasan tersebut dan segera melaporkan kepada Jabatan PERHILITAN di talian Hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 jika terjumpa dengan hidupan liar tersebut.

Read More »

Harimau muncul di jalan raya Dungun

Kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang tular di laman sosial sejak tengah hari tadi disahkan berlaku di Dungun, Terengganu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi ini.
Harimau muncul di tengah jalan raya di Dungun
"Kakitangan perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'pak belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.
Dr Abdul Malek berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.
Pada Februari 2016, negara digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan seekor harimau belang di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kemaman.
Image result for harimau dungun
Dalam kemalangan pukul 1 pagi itu, harimau tersebut mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.
Pada Nov 2018 pula, seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 (LPT2) berhampiran Dungun, Terengganu.
-Bernama
Read More »