Monday, August 5, 2019

e-Wallet Malaysia

Di Malaysia apps e-wallet nampaknya bercambah dengan pesat. Bak kata peribahasa melayu bagai cendawan tumbuh selepas hujan. E-wallet ni sebenarnya femes dekat China sana. Di sana boleh kata semua orang di sana pakai ewallet sehinggakan peminta sedekah pun guna transaksi ewallet. Ewallet apa yang femes di China? Paling Femes di China adalah Wechat Pay dan Alipay.

Apa kelebihan Ewallet?
Kelebihan dia adalah anda tidak perlu bawa/kurang tunai untuk membeli sesuatu barang atau service. Maknanya jika anda hendak beli air minuman kat kedai yang menawarkan pembayaran ewallet. Tunjuk apps ewallet diphone anda dan scan. siap satu urusniaga. Mudah kan? Contoh lain adalah untuk bayar tol pun boleh. Jika anda malas ke ATM beratur panjang untuk keluarkan tunai, anda boleh topup by online banking ke ewallet anda. Xder la buang masa. Kelebihan lain dapat mengurangkan tunai anda untuk dibawa. Kurangkan risiko duit cicir/duit palsu atau urusniaga yang silap dan lebih teruk dirompak.

Di Malaysia 2 ewallet yang paling top adalah Touch and Go ewallet (TNG eWallet) dan BOOST. Mereka mempunyai lebih 60 ribu merchant yang menggunakan ewallet mereka. Biasanya dimana ada TNG eWallet disitu BOOST juga ada. Di harap mereka dapat mengembangkan service dengan lebih banyak lagi.

Sumber Oppotus : suku pertama 2019

Dengan harapan juga peniaga-peniaga kecil seperti pasar malam, kedai makan, cuci kereta dan lain-lain gunalah ewallet sebagai alternatif penambahan transaksi anda. Transaksi anda semua akan terus masuk bank jadi mengurangkan risiko duit hilang disebabkan kecuaian pekerja, tidak amanah dan lebih teruk risiko ketika anda bawa duit balik atau ke bank.

Selain TNG eWallet dan BOOST ada hampir 50 vendor ewallet di Malaysia. Jadi camna semua?. Dah ready untuk terima perubahan yang menarik ini.

4 comments:

  1. Boost is preferable because they have a lot of promo in there such as you can even win Iphone 11 for free in the app only by going premium. Plus, it have many functions such as paying your bills.

    ReplyDelete
  2. you're correct, now boost app new features where u can get coins from every transaction. i can redeem a lot of prizes.

    ReplyDelete