Perpustakaan ni bagus. Selain boleh membaca buku juga boleh beriadah di sana. Jika mahu bawa beriadah dengan anak-anak kecil, ku cadangkan bawa diorang ke perpustakaan Shah Alam (PPAS). Tapi untuk budak kecik bahagian kanak-kanak jer boleh masuk.
Pelbagai buku pelbagai umur dari toddler sampai la buku anak tahap 2. Tempat memang selesa sampaikan boleh baring. Mana tidak, syarat nak masuk kena buka kasut/selipar dulu.
Tarikan lain untuk anak kecil adalah PPAS juga ada menyediakan seperti komputer Windows dan Mac, sedikit permainan, zone lego dan permainan game. Tempat ni bising biasalah yang ramai adalah anak kecik tapi usah bimbang. Bilik bacaan di sediakan.
Oh ya bagi mereka yang bawa kereta, parking disediakan disertakan sekali kemudahan buggy car. Sebab apa ada buggy car. Sebab parking jauh juga dalam 300m. Parking rate rm2 sekali masuk manakala buggy car free.
Untuk makan kafetaria ada disediakan dengan pelbagai makanan berlauk, ala carte dan lain-lain.
Lihat sendiri gambar-gambar yang menarik permandangan di dalam sana.
No comments:
Post a Comment