Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang Serve Safe Management, Kerang.
Mesti di sini ramai peminat kerang kan? Pengetahuan am kepada peminat kerang. Ianya dikategori kan sebagai Hazardous food. Merbahaya pada kanak-kanak, ibu mengandung dan juga yang sudah berumur.
Sama seperti makanan laut lain yang bercengkerang. Anda perlu tahu untuk meminimakan risiko supaya tidak terkena food borne Illness sewaktu memakan kerang. Kerang rebus dan kerang bakar paling berisiko.
Bahagian yang patut dibuang sebelum anda makan kerang selepas dikopek adalah lumpur yang ada pada pelipat kerang. Lumpur ni kalau sedikit mungkin tak memudaratkan. Tetapi jika banyak, memang anda akan bermaustatin di dalam tandas untuk jangka masa yang panjang.
Selain dari lumpur, sila pastikan anda tidak makan baby crab yang ada pada pelipat dalam kerang. Sila awasi anak anda. Dan yang paling penting, apa sahaja makanan laut (seafood) mestilah Well Done! Tiada istilah rare, medium rare, medium, medium well.
Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.
Sumber : Arbi Mohd Arbi
No comments:
Post a Comment