Seawal 8 bulan, kanak kanak akan mula meniru tingkahlaku dan pertuturan ibu bapa. Mereka memerhatikan, mendengar dan meniru percakapan anda tanpa anda sedari.
Kena biasa diri cakap yang baik-baik. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita cakap. Maklumla dah biasa cakap bukan-bukan.
Gunakanlah bahasa yang baik baik, walau dalam situasi marah dan tertekan.. kerana ada telinga dan mata kecil yang sedang memerhati anda. Bukan anak-anak kita sahaja akan mewarisi bahasa kita. Malah sampai ke cucu nanti. Bak kata pepatah melayu 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Kalau dah jadi buluh dah keras apa pun tak leh buat lagi.
Sumber : PHM
No comments:
Post a Comment