Monday, August 26, 2019

Selamat Hari Kebangsaan @ Merdeka 'maksud warna dan simbol jalur gemilang'


Sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ni. Mari kita kenali maksud disebalik Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) agar dapat mendalamkan dan menanamkan sifat patriotik di dalam hati semua rakyat Malaysia.

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang mengandungi 
  • Jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini
  • Jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara
  • 14 jalur pada Jalur Gemilang tanda keanggotaan dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan
  • Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, 
  • Anak bulan melambangkan Agama Islam - sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara.
  • Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 
  • Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia


No comments:

Post a Comment