Seorang lelaki didakwa memanjat sayap pesawat ke arah salah satu
enjin kapal terbang tersebut. Tindakannya itu telah mengakibatkan
penerbangan dari Lagos, Nigeria terpaksa ditangguhkan.
Dengan keadaan yang cemas, para penumpang berusaha memberi isyarat
kepada juruterbang sebelum meneruskan penerbangan. Ada yang meminta
untuk membuka pintu kecemasan untuk keluar.
Namun, menerusi satu video yang sempat dirakam oleh salah seorang
penumpang, lelaki yang tidak dikenali itu memanjat dan bergerak di atas
sayap pesawat Azman Air di lapangan terbang itu.
Satu laporan menyatakan, lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai
satu beg yang dipercayai dicuri daripada pesawat lain. Menurut pihak
berkuasa penerbangan Nigeria telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut
telah ditahan dan penerbangan diteruskan seperti sedia kala.
Kisah ini mungkin memberi kesamaan dengan kejadian tragedi di mana
seorang lelaki bekerja sebagai jurutera maut ketika terjun daripada
pesawat Kenya Airway ketika tiba di London.
Kisah ini mungkin memberi kesamaan dengan kejadian tragedi di mana
seorang lelaki bekerja sebagai jurutera maut ketika terjun daripada
pesawat Kenya Airway ketika tiba di London.
Sumber: The Sun.uk
No comments:
Post a Comment