JGN BENCI KUCING
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.
Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...
Seks 2 apa?
Pada suatu hari...seorang murid darjah 2 telah berhadapan dengan cikgunya.....
MURID:cikgu...seks tu apa??
GURU:seks..seks tu ....aamm...korek idung..
esok plak.....
MURID:cikgu..zakar tu apa??macam kotek ke?
CIKGU:eh!!eh!!zakar tu bukan kotek..zakar tu jari telunjuk..
esok lagi...
MURID:cikgu..klimaks tu apa?
CIKGU:ish..ko ni..mmg nak kena terajang...
ESOK HARI...
murid itu terlihat seorang murid lelaki form 3 di bilik kakaknye(boipren) yang mengorek idung ngan jari telunjuknya..dia pun marah(apahal ntah..bad mood kot..)
MURID:ko apahal buat seks kat bilik kakak aku,dah laa pakai zakar masa korek,patutnye guna jari kelingking je!!
klimaks ngan bapak aku baru padan muka!!
BOIPREN:camane ko tau??jgn bagi bagi tau bapak ko yee!!
MURID:mestilaa..ko baru buat tadi
mak dia yang sdg mencuri dengar terus pengsan~~~
Jijik
Pade suatu hari sepasang suami isteri lalat sedang mencari-cari makanan.lalu diorang pon jumpe seketul taik.Diorang pon makanla.tibe2 si isteri lalat berkate "Abang , bosanlah hari2 makan taik" lalu si suami lalat membalas "Ish,tak elok cakap bende2 x elok waktu makan!"
Org gila juga yg dpt mnasihati org
Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah
hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.
Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.
Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!
Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.
Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"
Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak
turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!
Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?
Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!
Soalan kepada pakar jantina.
Seorang lelaki bernama Ajan berjumpa pakar jantina iaitu seorang doktor di universiti Kuala Lumpur, di dalam biliknya dia cuba menceritakan masalahnya.
Ajan: Assalamualaikum doktor
Doktor: Ye Ajan, saya diberitahu awak ada masalah. Cucite? (Cuba cerita)
Ajan: Saya ni ada kawan Namanya Rosli, kami kawan rapat macam adik beradik, Kami berdua la. Pada suatu hari saya terpaksa berpindah so kami ni berpisah selama 1 tahun. Di tempat baru saya ada jumpa seorang perempuan tapi sebijik muka badan macam..
Doktor: Macam?
Ajan: Rosli. Tapi saya minat kat perempuan tu tapi ada perkara yang memusykilkan saya.
Doktor: Apa dia?
Ajan: Kalau saya suka perempuan muka macam kawan rapat saya, saya ni di ketogorikan sebagai lelaki Bisexual ke?
Doktor: Erm.....................................................................................................................................................
Selak buku...
seorang pasangan suami isteri tengah duduk di ruang tamu mereka.....
si suami tengah m'baca surat khabar...manakala si isteri pula menjahit baju dan hanya memakai kain pelekat tanpa memakai seluar dalam....
suami: sayang pakai seluar dalam kah??????
isteri:napa bang nak kah????
suami lansung masukkan tangan nya di dalam kain isteri ya ....
lalu si isteri pun membuka baju ya....
suami: napa bka baju sayang>??????
isteri: kan abang nak buat ?????
suami : x lah... abang cma nak basahkan tangan untuk selak surat khabar nie....
isteri: ish kempunan malam jumaat q...
hehehehe
Asal Nama Elektrik
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang
Awek Bogel Naik Beca
Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.
Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.
Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”
“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.
Bibik Jawab Telefon
Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…
Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)
Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)
Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)
Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,
Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)
Tidur Seranjang Dengan Suami Orang
Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.
Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.
Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayang i Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.
Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan
pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.
Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.
Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.
Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!
Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.
Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.
Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya
ditutup saja?"
Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur
sehingga dia berkata lagi:
"Abg Andy..."
Kali ini Andy langsung menjawab:
"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"
Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"
"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"
Wah, wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.
Lemah Bahasa Inggeris
Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
Robot Kesan Bohong
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".
Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...
Seks Dalam Tandas!
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan
Maksiat Dalam Tandas Awam"
Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan
menyewa bilik hotel.
Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara
sedemikian.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain,
mereka buta tentang agama.
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?
Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka
melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Cikgu Sahab : ?!!
Kentut Tak Berbau Dan Berbunyi
Seorang apek telah berjumpa dengan doktor.
Apek : Doktor aaa..Wa ada masalah la, bila wa kentut tadak bau dan tadak bunyi. Wa sulah kentut lebih 20 kali hari ni dan 3 kali dalam ini bilik.
Doktor: Ok saya bagi awak makan ubat ni, cuba habiskan dan jumpa lagi jika masih ada problem
Seminggu kemudian apek tadi datang lagi ke klinik dengan marah-marah
Apek : Haiya doktor lu bagi ubat arr? Masih belum baik lagi ooo.. tapi sikalang sudah ada bau tapi itu bunyi masih wa tak dengar lorr..
Doktor : Ok apek, tu hari saya bagi ubat hidung, lepas ni saya bagi ubat telinga pulak...
...sebenarnya apek tersebut ada masalah hidung dan telinga sebab tu takde bau dan tak dengar kentutnya.
No comments:
Post a Comment