Wednesday, April 13, 2011

Kisah - Kisah Lawak 6

Padan Muka

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti
yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan
gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang
kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip
air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita,
bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!




HukuMan Mati

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar
nanti..
“Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan perpanjangan..
“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa,” katanya
Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..
“Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa...!”




Kemahuan

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa
juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua, ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada, cuma tak kena tempat.

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik
yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita. Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak.

Suami: Haa, saya pun akan masuk bilik yang ada wanita. Kan saya setuju dengan awak!!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki!!! Kalau berani buatlah.

Suami: Aii, bila aku setuju awak marah pulak.




I'm sorry

Suatu ptang, Sorang gadis kampung

yg bahasa inggerisnya kacau bilau

telanggar sorang pelancong mat saleh

ketika berjlan2 di Giant Mall.



Gadis : I'm sorry...(ini sahajalah antara perkataan inggeris yg dia tau)

Pelancong : I'm sorry, 'too'.



si gadis kelihatan binggung kerana tak fham apa yg dikatakan

oleh pelancong itu lalu dia jawab...



Gadis : I'm sorry three.

Pelancong : Wat r u sorry 'for' ?

Gadis : I'm sorry five...

Pelancong : =..= 




Pelajar pelajar yg rajin

Awang talipon cikgu dia, nak bertanyakan sesuatu..

Awang : Helo cikgu,esok pukul berapa perpustakaan bukak??

Cikgu : pukul 9 pagi..

Awang : cikgu boleh awal sikit tak??dalam pukul 7 pagi..

Cikgu : rajinnya kamu...kenapa nak bukak awal??

Awang : saya kena kunci dalam perpustakaan........




Jgn tipu budak kecik...

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur
7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu
menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit". Seekor
burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda
lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu,si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu.Saya sedang
berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama
kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"




Muntah-muntah

Suatu hari di negara eropah diadakan satu

pertandingan iaitu menahan bau di dalam sbuah bilik

kecil yg didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing

Peserta pertama dari Amerika....

Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah2.

Peserta kedua dari Japan...

Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,

Baru 30 minit dia terus keluar sambil dan muntah-muntah,

Terakhir peserta dari Bangladesh...

Baru 10 minit... 10 kambing itu keluar dan

muntah-muntah....




Hujan dan pemuda misteri

Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak
perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda
itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah
semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu
itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik
kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi.
Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan
yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh
si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu
pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!


P/s dasar mangkuk ayun tul..... sangap nak tido umah anak dara...




Kambing vs Ayam!!

Pada satu hari yg indah..
Di satu reban ayam yg sgt busuk...
Tggal la seekor aym jntan yg sgt suka berkokok..
Asal pagi je berkokok...asal pg je bkokok...keturunan dy kot..
Tgah ayam jantan tu berkokok..tiba2,,lalu la seekor kambing jantn..

Kambing jntan ni lalu ngn muka cm xpuas ati jer..
Maklum la,,kmbing ni kn besar ckit dr ayam...
Lalu dtgurnye ayam tu...,


Kambing:mbek...ayam,,aku tgok ko ni mmg rajin ek berkokok tiap2 pg..nape ek??
Ayam:kok,,,biasa la kmbing oit..dh nma aym,,bkokok la kja aku..xkn mgmbek lak..(nada bengis)
Kambing:owh..ko eksen ngn aku ek...
Ayam:nape?xpuas ati??
Kambing:ah ko...ko tu..harap jer mahkota kt kpala..
P,,berkaki ayam gak..mbek...
Ayam:huh!!..eleh...ko lak,,harap muka je mcm ustaz aku tgok..siap bela jggut lagi...p syg..Aku tgok kt blkg terkote-kote(cm bandul)....kokokokok.....(>_<)




Ali Dan Cikgu

Cikgu:ali.cikgu ade teka teki buat kamu.
Ali:ape die ckgu?
Cikgu:pd 1 ari.c 'ulang'(name orang) duduk kat bwah pkk durian.tetiba durian jatuh.kepala siapa yang kena?
Ali:sng ja teka teki ne.jawapanya. .Ulang
cikgu:pd 1 ari.c ulang duduk kat bwh pkk durian.tetiba durian jatuh.kepala siapa yg kena?
Ali:ulang.
Cikgu:pd 1 ari.c ulang duduk kat bwh pkk durian.tetiba durian jatuh.kpala siapa yg kena?
Ali:ulang cikgu. .ulang. .
Cikgu:pd 1 ari.c ulang bla bla bla.
Ali:kan sya cakap ulang
cikgu:pd 1 ari.c ulang bla bla bla.
Ali:ulang!!ulang!!sya kate ulang!!
cikgu:pd 1 ari.bla bla bla.
Ali:ulang
cikgu:pd 1 ari.bla bla bla
ali:ulang ku kata!!ulang
cikgu :pd 1 ari.bla bla bla.
Ali:CIKGU!!!SYA CKP ULANG!!!
Cikgu:HOI. .KAMU YG BALIK2 SURUH CKGU ULANG TU KENAPA???NAK KENA!!!!!




Mak Cik

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke
Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil.
'alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing.
Adohh... malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam
hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.
Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency.
'macam mana nak buat ni'
Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu
bas tu berlangsir.
'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan
jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun
angin lah. 'kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun
naik dalam bas dan menjerit.
'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!!
baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.
'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.
'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'
Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu.
'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat tu!!!
Share this lawak:




Bunting Gajah

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang
menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk       : Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil              : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk       : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil              : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk       : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting          : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk       : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting            : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk       : Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting          : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)




Kondom

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."

Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."




Malam Pertama Malam Terindah

Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."




TIGA ORANG GILA

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

No comments:

Post a Comment