Saturday, August 10, 2019

'Bubble Tea' Minuman Tinggi Gula


Teh ni bagus untuk kesihatan sebab ia ada antioksidan yang dikenali flavonoids. Ia membantu untuk mencegah kanser dan penyakit jantung dengan menghapuskan radikal-radikal yang tak bagus di dalam badan.

Tapi tula fenomena sekarang ni pelbagai campuran lain dicampur dalam teh ni dan juga gula yang banyak. Bayangkan la bubble tea tu sendiri pun dari gula perang. Belum lagi air teh yang di letak gula 1/3 cawan semasa penyediaan. Berganda-gandalah gula dalam secawan bubble tea. Kira-kira 350-500 kalori dalam satu cawan. Confirm boleh naik berat badan kalau amalkan selalu.


Camana? tapi camana pun tepuk dada tanya selera.

Sumber Informasi & Grafik : Public Health Malaysia
Read More »

Top 5 bandar tempat kerja RILEK dan STRESS GILA



Top 5 bandar tempat kerja RILEK
  1. Helsinki, Finland
  2. Munich, Germany
  3. Oslo, Norway
  4. Hamburg, Germany
  5. Stockholm, Sweden

Top 5 bandar tempat kerja STRESS GILA
  1. Tokyo, Japan
  2. Singapura, Singapore
  3. Washington, USA 
  4. Kuala Lumpur, Malaysia
  5. Houston, USA
Read More »

Friday, August 9, 2019

3 perkara yang paling susah nak buat kat dunia ni.





















TIGA perkara yang paling susah dilakukan di dunia ini:
  1. Kau tak boleh kira rambut sendiri
  2. Kau tak boleh basuh mata kau dengan menggunakan sabun
  3. Kau tak boleh bernafas bila kau keluarkan lidah kau
Dah, sekarang masukkan balik lidah tu
Serupa anjing dah tengok.


Read More »

Thursday, August 8, 2019

Nasi Ahmad 'Nasi Kandar Kota Damansara' KD

Di Penang terutama di Georgetown tak perlu diperkatakan lagi tentang syurga nasi kandar di sana. Kebanyakan pengunjung yang datang memang takkan terlepas nasi kandar dalam itinerary mereka. Rasa tak lengkap percutian diorang tanpa singgah mana-mana nasi kandar di Penang.

Ok mari kita ke Kota Damansara, Selangor. Satu kawasan 25km dari utara Kuala Lumpur. Stesen MRT berdekatan adalah Stesen Kota Damansara. Di sini selain uptown Kota Dame, Korang boleh cuba singgah kedai makan nasi kandar Ahmad. Waze saja. Datang masa lunch memang kena beratur. Salah satu pilihan nasi kandar yang harus di cuba. Lihat gambar di bawah pasti membuka selera. 

Ayam, daging sotong semua menjadi  pilihan pengunjung. Harga pula, berpatutan dan bukan harga terkejut. Standard price. Dont worry. Parking juga jangan risau sangat senang. Selamat menjamu selera.






Read More »

Wednesday, August 7, 2019

Nasi Lemak 'Bukit Damansara' yang femes


Gerai Nasi Lemak ni dekat jalan Dungun,  Bukit Damansara (berdekatan bulatan kecil) sentiasa beratur di waktu pagi. 

Gerai ni dah lama lebih 9 tahun beroperasi. Cuma lokasi berlainan di sekitar bukit Damansara dan lokasi terakhir seperti di dalam gambar bersebelahan bulatan kecil. 

Boleh dikatakan the best nasi lemak di Bukit Damansara.  Boleh la korang cuba. Memang sedap.

Read More »

Monday, August 5, 2019

e-Wallet Malaysia

Di Malaysia apps e-wallet nampaknya bercambah dengan pesat. Bak kata peribahasa melayu bagai cendawan tumbuh selepas hujan. E-wallet ni sebenarnya femes dekat China sana. Di sana boleh kata semua orang di sana pakai ewallet sehinggakan peminta sedekah pun guna transaksi ewallet. Ewallet apa yang femes di China? Paling Femes di China adalah Wechat Pay dan Alipay.

Apa kelebihan Ewallet?
Kelebihan dia adalah anda tidak perlu bawa/kurang tunai untuk membeli sesuatu barang atau service. Maknanya jika anda hendak beli air minuman kat kedai yang menawarkan pembayaran ewallet. Tunjuk apps ewallet diphone anda dan scan. siap satu urusniaga. Mudah kan? Contoh lain adalah untuk bayar tol pun boleh. Jika anda malas ke ATM beratur panjang untuk keluarkan tunai, anda boleh topup by online banking ke ewallet anda. Xder la buang masa. Kelebihan lain dapat mengurangkan tunai anda untuk dibawa. Kurangkan risiko duit cicir/duit palsu atau urusniaga yang silap dan lebih teruk dirompak.

Di Malaysia 2 ewallet yang paling top adalah Touch and Go ewallet (TNG eWallet) dan BOOST. Mereka mempunyai lebih 60 ribu merchant yang menggunakan ewallet mereka. Biasanya dimana ada TNG eWallet disitu BOOST juga ada. Di harap mereka dapat mengembangkan service dengan lebih banyak lagi.

Sumber Oppotus : suku pertama 2019

Dengan harapan juga peniaga-peniaga kecil seperti pasar malam, kedai makan, cuci kereta dan lain-lain gunalah ewallet sebagai alternatif penambahan transaksi anda. Transaksi anda semua akan terus masuk bank jadi mengurangkan risiko duit hilang disebabkan kecuaian pekerja, tidak amanah dan lebih teruk risiko ketika anda bawa duit balik atau ke bank.

Selain TNG eWallet dan BOOST ada hampir 50 vendor ewallet di Malaysia. Jadi camna semua?. Dah ready untuk terima perubahan yang menarik ini.
Read More »

Friday, August 2, 2019

Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi

Foto JBPM

KUALA LUMPUR: Seramai lapan mangsa mengalami kecederaan selepas lif sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, ibu negara terhempas dari tingkat lima bangunan itu.

Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, pada Jumaat.

Foto JBPM

Foto JBPM

"Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah bangunan dan terdapat lapan mangsa yang terperangkap di dalam lif berkenaan.

"Mereka terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyatakan empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan bahagian pergelangan kaki.

"Kesemua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," jelasnya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber : JBPM
Read More »