Friday, April 10, 2020

Mengapa US begitu susah nak handle kes Covid-19 di negara mereka.



Dengan 123578 kes, US sekarang adalah negara yang paling banyak kes positif COVID-19, mendahului Itali (92472) dan China (81439).

Cuma populasi US tu besar, 329 juta orang. Negara yang paling ramai penduduk di dunia selepas China dan India. Kalau campurkan jumlah penduduk UK (66 juta), Perancis (67 juta), Itali (60 juta), Sepanyol (47 juta) dan Jerman (83 juta) pun tak seramai penduduk US.

Daripada 1 juta penduduk US, 373 yang positif, masih rendah berbanding Sepanyol (1566), Itali (1529) even Jerman (689). Tapi tak ada jaminan US tak akan memintas negara-negara ni.

Setakat ni COVID mengorbankan 2221 orang US, tapi dulu H1N1 tahun 2009-2010 pun US mati 12469 orang. Nyawa tetap nyawa, cuma bagi negara besar macam US angka dia memang akan nampak sedikit menakutkan. Jangan risau, ni bukan the end of the US.

Kalau lihat pada peta US, negeri yang paling teruk kena ialah New York dengan 52318 kes, hampir separuh daripada jumlah kes US. Kalau tak ambil kira New York, kes di US hanya 71260.

Kalau New York tu sebuah negara, ia akan duduk di tangga ke-6 negara yang mempunyai paling banyak kes selepas Itali (92472), China (81439), Sepanyol (73235), US (tanpa New York) dan Jerman (57695).

Selain New York, negeri-negeri yang paling teruk kena ialah negeri yang paling globalized macam California dan Washington. Kalau sebut pasal bandar utama US orang terus bayangkan New York City dan Los Angeles.

Dan 2 bandar ni masing-masing terletak di New York dan California. Hollywood, Beverly Hills, Silicon Valley, Statue of Liberty, Times Square, Empire State Building, Manhattan, Central Park, Harlem, Brooklyn semua benda-benda yang jadi lambang US ada kat 2 negeri ni. Orang yang nak travel pergi ke US pun kebanyakannya nak pergi kat 2 negeri ni.

Washington tu State of Washington, bukan Washingston District of Columbia (DC) ibu negara US. Walaupun tak se-femes New York dan California, tapi kat situ ada ibu pejabat syarikat multinasional besar-besar macam Microsoft, Boeing dan Starbucks. Orang sana selalu travel merata-rata pergi business meeting dan sekali bawak masuk virus. Kes pertama US pun datang dari Washington.

Manakala negeri-negeri yang kira macam kampung kawasan pedalaman pulak paling kurang terkesan, seperti Montana, Wyoming, North Dakota, South Dakota, Nebraska, West Virginia. Kat negeri-negeri ni lebih senang jumpa tanaman barli dan jagung berbanding jumpa manusia.

Jangan harap nak jumpa orang macam Scarlett Johansson (New Yorker) atau Kim Kardashian (Angeleno), jenis macam January Jones je ada. Nak cari bangunan lebih tinggi daripada 100m memang tak akan jumpa (kecuali Nebraska). Terasing dari dunia luar. Sebab tu lambat kena jangkit.

Cara COVID tersebar macam MLM, jadi negeri yang paling awal kena (New York, California, Washington) akan kekal jadi negeri yang paling banyak kes, manakala negeri yang lebih lambat kena akan kekal sebagai negara paling sikit kes. Macam dalam MLM upline akan untung lebih banyak daripada downline.

Dan negeri-negeri yang dipegang oleh Republican lebih sikit kes berbanding negeri-negeri yang dipegang oleh Democrat. 8 daripada 10 negeri paling teruk kena adalah Democrat (New York, New Jersey, California, Washington, Michigan, Illinois, Louisiana dan Pennyslvania) manakala hanya 2 saja Republican (Massachusetts dan Florida).

Of course virus tak kenal parti politik. Tapi parti yang berbeza membawa ideologi berbeza, ideologi ni yang akan mempengaruhi tindakan penguasa dalam menangani wabak dan membawa kepada hasil yang berbeza-beza.

Negeri di US tak macam negeri di Malaysia. Negeri di US dah kira macam negara (state boleh bawa maksud negara atau negeri), ada kuasa yang sangat besar, boleh pungut cukai sendiri, ada polis sendiri. Jadi negeri yang kena ambil tindakan masing-masing untuk membendung wabak.

Trump sebagai ketua kerajaan persekutuan hanya boleh ambil langkah external seperti halang orang luar masuk sempadan US. Itu yang Trump buat dengan melarang kemasukan orang China dan Eropah. Tapi langkah internal seperti kawal pergerakan dari satu negeri ke negeri lain adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Walaupun negeri-negeri Democrat melaksanakan stay-at-home, diorang tak larang orang keluar masuk negeri. Berbeza dengan Republican yang tak laksanakan stay-at-home tapi wajibkan orang yang masuk negeri kuarantinkan diri terutamanya yang datang dari hotspot seperti New York.

Sebab utama negeri-negeri Democrat tak buat apa yang Republican buat ialah diorang anggap benda tu langgar right to travel dan bersifat diskriminasi terhadap negeri. Republican pulak tak buat stay-at-home macam Democrat sebab takut ekonomi hancur. Tapi melihat kepada keadaan sekarang, nampaknya mengehadkan pergerakan antara negeri lebih mustahak.

Democrat ni kebanyakan ahlinya terdiri daripada geng lawyer. Bill Clinton, Barack Obama, Hillary Clinton, Joe Biden ni semua lawyer. Lawyer punya zikir harian tidak lain liberty, rule of law dan dalam keadaan sekarang, states rights pulak jadi isu.

Trump dari awal lagi nak buat travel ban antara negeri tapi geng-geng Democrat ni semua bantah. Bagi diorang, kerajaan persekutuan tak boleh overrule negeri. Jadi hanya kerajaan negeri yang boleh larang orang keluar masuk. Memang betul Trump tak boleh buat macam tu kalau ikut perlembagaan US, tapi ni keadaan krisis kot kuih bahulu.

Dan walaupun ada perintah stay-at-home, ramai masih buat bodoh sebab anggap tak constitutional. Kalau kerah polis dan tentera lagilah diorang triggered nanti.
Gabenor New York, Andrew Cuomo pulak jenis yang tak habis-habis politik dan cuba mewujudkan persepsi bahawa ini semua salah Trump. Bila Trump hantar 400 ventilator (alat bantuan pernafasan) ke New York, Cuomo terus mengamuk kata tak cukup sebab dia minta 30000 buah, tak kan nak biarkan 26000 orang yang lebih tu mati.

Matematik Cuomo pelik sikit, 30000 tolak 400 sepatutnya jadi 29600 bukan 26000. Media pro-Democrat macam New York Times tak tegur tak apa, tapi join sekali Cuomo bash Trump.

Adik Cuomo sendiri, Chris Cuomo yang merupakan host CNN pula puji kaw-kaw abangnya. Sebab tu korang boleh faham kenapa Trump marah sangat dengan media-media ni sampai panggil fake news.

New York adalah negeri pertama yang Trump tolong. Trump sebenarnya boleh je buat bodoh, abaikan New York dan mendahulukan negeri Republican macam Massachusetts dan Florida yang juga ada banyak kes.

Tapi Trump tak sejahat tu. 400 nampak sikit tapi ventilator tu memang barang yang scarce sekarang. Trump pun dah arahkan syarikat General Motors untuk menghasilkan 100000 buah ventilator dalam masa 100 hari.

Seawal 17 Mac Trump dah menasihatkan Cuomo melalui Twitter untuk do more, Tapi Cuomo balas balik You have to do something! You're supposed to be President. Dah macam awak Presiden ke saya Presiden.

Geng Demokrat kat Kongres pun dah kurang bergaduh dengan Trump, tapi time-time macam ni Cuomo pulak nak tonjolkan diri sebagai hero dengan bash Trump.

Semalam Trump sekali lagi menasihati New York, New Jersey dan Connecticut supaya kuarantinkan negeri diorang. Kuarantin maksudnya tak bagi orang keluar masuk. Dan sekali lagi, Cuomo kata, We're not in China, and we're not in Wuhan This would be a federal declaration of war on states. Ah lantak korang lah.

Liberty dan human rights yang dijulang oleh US selama ni dah mula backfire kat diorang. Tapi bukan bermaksud kita kena terus kena menerima authoritarianism macam yang China tengah promote sekarang.

Cuma dalam keadaan semasa, kita kena mempunyai hikmah (wisdom) untuk membezakan apa yang menjadi keutamaan dan apa yang bukan keutamaan. Ramai orang ada knowledge, tapi tak ramai ada wisdom

Sumber : The Patriots
Read More »

Thursday, April 9, 2020

India slum area saja dah 93 juta orang. Total rakyat Malaysia 32 juta orang. Wow



Setakat semalam India dah mencatatkan 1,649 kes Covid 19 dengan 41 kes kematian di seluruh negara.

Kalau ikutkan data ni, India masih di bawah Malaysia. Dengan populasi 1.3billion manusia berbanding Malaysia yang cuma 33 juta, India kelihatan Ok.

Masih jauh lagi lah perjalanan kalau nak banding;

USA 215,300 kes, 5,110 kematian
Italy 110,574 kes 13,155 kematian
Sepanyol 104,118 kes 9,387 kematian.

Covid 19 di India boleh dikira 2 minggu di belakang USA dan 4 minggu di belakang Italy. Baru sangat nak bermula.

Tapi selepas Perdana Menteri India Narenda Modi buat arahan 21 hari lockdown bermula 25hb Mac hari tu, dunia mula bagi perhatian serius pada India.

India secara am di mata dunia sebelum ledakan Internet, adalah sebuah negara dalam filem Bollywood dan Kollywood. India adalah Amitabachan, Yash Chopra, Amrish Puri, Lata Mageshkar, Asha Bosle, Sharmila Tagore, Rajesh Khanna, Hema Malini, Rajinikanth, Kamal Haasan, dan pada era seterusnya ia dilambangkan pula oleh Shah Rukh Khan, Udit Narayan, Kajol, Amir Khan, Salman Khan, Mahduri Dixit dan Karisma Kapoor (sekadar memetik beberapa nama).

Rakyat India sangat seronok dan addicted dengan paparan 'on screen', kerana itu sahaja hiburan yang murah dan available untuk mereka melupakan segala masalah.

Sebagai contoh, filem masyhur Dilwale Dulhaniya Le Jeyenge ditayang selama 20 tahun di teater Maratha Mandir, Mumbai.

20 tahun setiap hari 2 x tayangan dari 19 Oktober 1995 sehingga 19 Februari 2015. Non stop brader. Panggung penuh setiap hari. Gilaa tak gila lah.

Ibarat Kpop hari ini yang berjaya menjual culture mereka melalui export filem, drama dan lagu, begitu jugalah India suatu masa dahulu in fact masih berterusan sehingga ke hari ini.

Tetapi selepas munculnya internet, dunia secara perlahan mula mengenali India dengan lebih dekat.

Filem Slumdog Millionaire (Oscar Best Picture 2008) antara filem yang membuka mata ramai tentang betapa peritnya masalah sosio ekonomi dihadapi India.

Kepadatan:
Slum area (setinggan, ghetto favela, jhuggi) boleh dikatakan Orange is the New Black di India, terutamanya di pekan besar macam Mumbai, Delhi, Kolkata Chennai, Jaipur dan Bhubaneshwar.

Contohnya largest slum in the world, slum Dharavi, Mumbai - berkeluasan cuma 2.1 square kilometre, slum ni cover 700,000 orang manusia. Kau pejam mata kemudian bayangkan!

Dan di seluruh India ada lebih kurang 65,000 slum runcit runcit. Gabung semua ni ada 93 juta manusia hidup dalam slum area.

Apa maksud hidup dalam slum?

It means;

Di situ hampir tiada langsung,

bekalan air bersih
sanitasi
tandas yang proper
pendidikan untuk kanak kanak
healthcare
infrastructure

Hampir tiada keperluan asas hidup manusia.

Gelandangan:
Selain slum, India juga menghadapi major issue lain yakni masalah gelandangan yang teruk dengan anggaran populasi homeless mencecah 1.8 juta orang.

Mereka ini hidup bawah jambatan, bawah flyover, bawah tiang lampu, di kaki lima jalan, di merata rata asalkan boleh pacak khemah atau ada space sikit nak baring.

Pengalaman aku:
Aku pernah ke India beberapa kali sekitar tahun 2007-2009 atas urusan kerja. Aku ke Mumbai, Delhi, Kolkata, Bhubaneshwar, Haldia dan Paradeep. Antara yang aku ingat, aku naik teksi dari Hyatt Calcutta ke bandar pelabuhan di Haldia. Masa perjalan pergi 3 jam lebih, walhal cuma 100km je. Jalannya ya Tuhan sempit macam jalan masuk kampung.

Jalan sempit dan banyak kenderaan satu hal, satu hal lagi sepanjang journey 3 jam pergi dan 3 jam balik tu, sepanjang jalan kiri dan kanan terlalu ramai orang. Kau bayangkan macam ni, kau lalu masuk kampung tiba tiba di depan ada kenduri kahwin, sesak kan? Haaa macam tu lah perjalanan aku cuma bezanya kali ni kenduri kahwin sepanjang jalan sejauh 100km. Gila woihh.

Masa balik, driver tu ajak aku jalan pusing Calcutta dia nak bawa aku tengok slum area. Kahkah real betul. Slum area dah jadi tempat pelancong melawat.

Di Mumbai? Delhi? Ahhh tak tahu aku nak describe macam mana padatnya manusia. Berjalan berhimpit di pasar malam? Maybe macam tu lah, cuma di Mumbai atau Delhi ko boleh cakap ada pasar malam di mana mana.

Itu cerita 12 tahun lepas.

Hari ni, keadaan masih tak banyak beza malahan semakin teruk.

Pendapatan rakyat:
Statistik bgtau 21.9% rakyat India hidup di bawah garis kemiskinan. Ini bersamaan 390 juta orang di India hidup dengan pendapatan kurang daripada 100 rupee (RM5.70) sehari.

RM5.70 sehari nak tampung keluarga.

Manakala rakyat yang terlibat dalam informal economy pula berjumlah hampir 400 juta orang dengan purata income hanya RM300 sebulan.

Rakyat yang tak ada kerja langsung?

7.3% lebih kurang 95 juta orang.

Healthcare support system:
Di India hari ini, ratio katil vs penduduk cuma 0.7 untuk setiap 1000 orang. Di India jumlah private health care lebih banyak berbanding public healthcare. Keadaan ini sangat ironi sebab orang miskin beratus kali ganda lagi ramai dari kumpulan M40 dan T20. Senario yang tak jive.

Dan di perenggan awal tadi aku beritahu yang dunia mula bagi perhatian pada India selepas Modi announce 21 hari lockdown. Kerajaan berikan tempoh beberapa jam saja supaya rakyat India balik duduk diam diam di rumah.

Semua kena duduk diam diam di rumah, social distancing.

Ini pun satu benda yang irony, sebab social distancing di India merupakan perkara luxury. Macam mana nak social distance kalau 'pasar malam' ada di setiap inci tanah?

Ok now kenapa dunia mula bagi perhatian pada India?

Sekarang cuba bayangkan,

93 juta manusia di slum area
1.8 juta pula bergelandangan
390 juta lagi kais pagi belum tentu esok boleh makan
400 juta yang lain kasi pagi makan pun pagi
95 juta orang langsung tak tahu macam mana nak makan setiap pagi

Dan sekarang semua mereka ini kena duduk di rumah atau di mana mana saja asalkan social distancing, tak boleh keluar selama 21 hari, dan kemungkinan extended only God knows sampai bila.

Covid 19 mencemar India bermula pada 30 Jauari di Kerala, salah sebuah negeri paling miskin di India. Sekarang Covid 19 dah tersebar ke Maharashtra, Andra Pradesh, West Bengal, Gujerat, Punjab, Karnataka, Delhi, Jammu, Kashmir, Uttar Pradesh dan Telegana.

Askar Covid 19 sedang mara menghambat manusia - dia tak kenal siapa duduk slum, siapa homeless, siapa below poverty line atau siapa jobless.

Dilema India paling utama yang menjadi perhatian dunia hari ni;

Keluar rumah = potensi diserang Covid 19
Duduk rumah = kelaparan

Dalam situasi yang maha tersepit begitu, bagaimana rakyat India bisa melawan Covid 19?

Mengambil kata kata seorang kanak kanak yang kerja sehariannya mencari sisa makanan di tempat pembuangan sampah di Mumbai;

"Saya dengar ada penyakit sedang menyerang, dan kami tidak boleh keluar langsung dari kediaman. Kata mereka penyakit ini ambil masa 2 minggu untuk berjangkit, dan kalau sakit mungkin ambil masa 2 minggu lagi sebelum mati.

Tetapi tahukah mereka?

Ia cuma mengambil masa 5 hingga 7 hari untuk kami mati jika kami tak keluar mencari makanan?"

****
Good luck India, dan good luck untuk seluruh dunia.

P/s: Lepas baca, tengok rumah kita luas mana dan di dapur pula ada makanan apa. ☺


Sumber : Pidomat
Read More »

Tuesday, March 24, 2020

RM5 Petrol Percuma & Cashback sebanyak 10%?

NAK PERCUMA RM5 PETROL?-

Caranya Mudah sahaja. Ikut langkah mudah dibawah:-

1. Muat Turun SETEL

2. Daftar dan masukan maklumat yang diminta, masukkan PROMO CODE284eh

284eh
284eh
284eh

3. Setelah pendaftaran berjaya, automatic RM5 akan dikreditkan ke dalam akaun SETEL anda & anda perlu gunakanya dalam tempoh 7 hari di mana-mana Stesen PETRONAS 😍

4. Nak lagi??? Pulangan REBAT/Cashback sebanyak 10%?
Sekiranya Anda mengisi minimum RM30, sebanyak 3 kali dalam tempoh 30 hari.

Klik pics to install SETEL

Read More »

Wednesday, September 25, 2019

(Video) Perkembangan ekonomi dari dunia (1980-2023). Lihat ranking di akhir video. Negara mana ranking pertama.

Video ini menunjukkan 20 negara-negara dengan GDP PPP tertinggi dari 1980 hingga 2023. Antara kuasa-kuasa besar dalam top ranking ialah Amerika Syarikat, China, Jepun, India, dan Jerman. Perbandingan jumlah GDP (PPP) juga dari benua lain kebanyakannya dari Amerika Utara, Eropah, dan Asia.

Purchasing Power Parity (PPP) Satu metrik analisis makroekonomi yang popular untuk membandingkan produktiviti ekonomi dan taraf hidup antara negara. PPP adalah teori ekonomi yang membandingkan mata wang negara-negara yang berbeza melalui pendekatan "basket of goods". Secara mudah kaedah matetmatik diorang kirakan untuk bagi nampak kuasa membeli dalam matawang masing-masing.

Read More »

Monday, September 23, 2019

Bawal Goreng Ladang Kelapa Sawit Juru, Penang

Penang ni banyak betul tempat makan sedap-sedap dari Pulau sampai la ke Seberang Perai. Ada jer port-port makan femes.

Di Juru ada port baik punya untuk makan. Warung bawal goreng ladang kelapa sawit. Orang kata idea bawal goreng di pelopori dari penang. Orang kata la. 

Apa yang ada disini dah tentu menu utama ikan bawal goreng di makan panas-panas bersama nasi. selain bawal goreng pelbagai lauk pauk lain ada disini. 

Apa menjadi tarikan warung ni? Selain Bawal goreng yang rangup hingga tulang beserta sambal kicap yang sedap, Tarikan lain warung ni adalah persekitaran di ladang sawit. Memang tenang makan sini. 

Tambahan lagi, harga juga murah dengan menu yang ada. Selamat menjamu selera.

Lokasi

Maps Lokasi




Read More »

Friday, September 13, 2019

(Video) Anak ular cobra tedung

Video ni menunjukkan rakaman anak ular cobra tedung baru menetas. Ada yang berpendapat bisa dari anak cobra lagi bahaya sebab anak cobra tidak mengawal bisa yang dikeluarkan.




Read More »

Wednesday, September 11, 2019

Shopee referral code and get RM8.00 off off your first purchase!

For first time user only (open via mobile phone)

Use my referral code FARID6P3 to get RM8.00 off off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/a6eh96q

Read More »