Thursday, April 9, 2020
India slum area saja dah 93 juta orang. Total rakyat Malaysia 32 juta orang. Wow
Setakat semalam India dah mencatatkan 1,649 kes Covid 19 dengan 41 kes kematian di seluruh negara.
Kalau ikutkan data ni, India masih di bawah Malaysia. Dengan populasi 1.3billion manusia berbanding Malaysia yang cuma 33 juta, India kelihatan Ok.
Masih jauh lagi lah perjalanan kalau nak banding;
USA 215,300 kes, 5,110 kematian
Italy 110,574 kes 13,155 kematian
Sepanyol 104,118 kes 9,387 kematian.
Covid 19 di India boleh dikira 2 minggu di belakang USA dan 4 minggu di belakang Italy. Baru sangat nak bermula.
Tapi selepas Perdana Menteri India Narenda Modi buat arahan 21 hari lockdown bermula 25hb Mac hari tu, dunia mula bagi perhatian serius pada India.
India secara am di mata dunia sebelum ledakan Internet, adalah sebuah negara dalam filem Bollywood dan Kollywood. India adalah Amitabachan, Yash Chopra, Amrish Puri, Lata Mageshkar, Asha Bosle, Sharmila Tagore, Rajesh Khanna, Hema Malini, Rajinikanth, Kamal Haasan, dan pada era seterusnya ia dilambangkan pula oleh Shah Rukh Khan, Udit Narayan, Kajol, Amir Khan, Salman Khan, Mahduri Dixit dan Karisma Kapoor (sekadar memetik beberapa nama).
Rakyat India sangat seronok dan addicted dengan paparan 'on screen', kerana itu sahaja hiburan yang murah dan available untuk mereka melupakan segala masalah.
Sebagai contoh, filem masyhur Dilwale Dulhaniya Le Jeyenge ditayang selama 20 tahun di teater Maratha Mandir, Mumbai.
20 tahun setiap hari 2 x tayangan dari 19 Oktober 1995 sehingga 19 Februari 2015. Non stop brader. Panggung penuh setiap hari. Gilaa tak gila lah.
Ibarat Kpop hari ini yang berjaya menjual culture mereka melalui export filem, drama dan lagu, begitu jugalah India suatu masa dahulu in fact masih berterusan sehingga ke hari ini.
Tetapi selepas munculnya internet, dunia secara perlahan mula mengenali India dengan lebih dekat.
Filem Slumdog Millionaire (Oscar Best Picture 2008) antara filem yang membuka mata ramai tentang betapa peritnya masalah sosio ekonomi dihadapi India.
Kepadatan:
Slum area (setinggan, ghetto favela, jhuggi) boleh dikatakan Orange is the New Black di India, terutamanya di pekan besar macam Mumbai, Delhi, Kolkata Chennai, Jaipur dan Bhubaneshwar.
Contohnya largest slum in the world, slum Dharavi, Mumbai - berkeluasan cuma 2.1 square kilometre, slum ni cover 700,000 orang manusia. Kau pejam mata kemudian bayangkan!
Dan di seluruh India ada lebih kurang 65,000 slum runcit runcit. Gabung semua ni ada 93 juta manusia hidup dalam slum area.
Apa maksud hidup dalam slum?
It means;
Di situ hampir tiada langsung,
bekalan air bersih
sanitasi
tandas yang proper
pendidikan untuk kanak kanak
healthcare
infrastructure
Hampir tiada keperluan asas hidup manusia.
Gelandangan:
Selain slum, India juga menghadapi major issue lain yakni masalah gelandangan yang teruk dengan anggaran populasi homeless mencecah 1.8 juta orang.
Mereka ini hidup bawah jambatan, bawah flyover, bawah tiang lampu, di kaki lima jalan, di merata rata asalkan boleh pacak khemah atau ada space sikit nak baring.
Pengalaman aku:
Aku pernah ke India beberapa kali sekitar tahun 2007-2009 atas urusan kerja. Aku ke Mumbai, Delhi, Kolkata, Bhubaneshwar, Haldia dan Paradeep. Antara yang aku ingat, aku naik teksi dari Hyatt Calcutta ke bandar pelabuhan di Haldia. Masa perjalan pergi 3 jam lebih, walhal cuma 100km je. Jalannya ya Tuhan sempit macam jalan masuk kampung.
Jalan sempit dan banyak kenderaan satu hal, satu hal lagi sepanjang journey 3 jam pergi dan 3 jam balik tu, sepanjang jalan kiri dan kanan terlalu ramai orang. Kau bayangkan macam ni, kau lalu masuk kampung tiba tiba di depan ada kenduri kahwin, sesak kan? Haaa macam tu lah perjalanan aku cuma bezanya kali ni kenduri kahwin sepanjang jalan sejauh 100km. Gila woihh.
Masa balik, driver tu ajak aku jalan pusing Calcutta dia nak bawa aku tengok slum area. Kahkah real betul. Slum area dah jadi tempat pelancong melawat.
Di Mumbai? Delhi? Ahhh tak tahu aku nak describe macam mana padatnya manusia. Berjalan berhimpit di pasar malam? Maybe macam tu lah, cuma di Mumbai atau Delhi ko boleh cakap ada pasar malam di mana mana.
Itu cerita 12 tahun lepas.
Hari ni, keadaan masih tak banyak beza malahan semakin teruk.
Pendapatan rakyat:
Statistik bgtau 21.9% rakyat India hidup di bawah garis kemiskinan. Ini bersamaan 390 juta orang di India hidup dengan pendapatan kurang daripada 100 rupee (RM5.70) sehari.
RM5.70 sehari nak tampung keluarga.
Manakala rakyat yang terlibat dalam informal economy pula berjumlah hampir 400 juta orang dengan purata income hanya RM300 sebulan.
Rakyat yang tak ada kerja langsung?
7.3% lebih kurang 95 juta orang.
Healthcare support system:
Di India hari ini, ratio katil vs penduduk cuma 0.7 untuk setiap 1000 orang. Di India jumlah private health care lebih banyak berbanding public healthcare. Keadaan ini sangat ironi sebab orang miskin beratus kali ganda lagi ramai dari kumpulan M40 dan T20. Senario yang tak jive.
Dan di perenggan awal tadi aku beritahu yang dunia mula bagi perhatian pada India selepas Modi announce 21 hari lockdown. Kerajaan berikan tempoh beberapa jam saja supaya rakyat India balik duduk diam diam di rumah.
Semua kena duduk diam diam di rumah, social distancing.
Ini pun satu benda yang irony, sebab social distancing di India merupakan perkara luxury. Macam mana nak social distance kalau 'pasar malam' ada di setiap inci tanah?
Ok now kenapa dunia mula bagi perhatian pada India?
Sekarang cuba bayangkan,
93 juta manusia di slum area
1.8 juta pula bergelandangan
390 juta lagi kais pagi belum tentu esok boleh makan
400 juta yang lain kasi pagi makan pun pagi
95 juta orang langsung tak tahu macam mana nak makan setiap pagi
Dan sekarang semua mereka ini kena duduk di rumah atau di mana mana saja asalkan social distancing, tak boleh keluar selama 21 hari, dan kemungkinan extended only God knows sampai bila.
Covid 19 mencemar India bermula pada 30 Jauari di Kerala, salah sebuah negeri paling miskin di India. Sekarang Covid 19 dah tersebar ke Maharashtra, Andra Pradesh, West Bengal, Gujerat, Punjab, Karnataka, Delhi, Jammu, Kashmir, Uttar Pradesh dan Telegana.
Askar Covid 19 sedang mara menghambat manusia - dia tak kenal siapa duduk slum, siapa homeless, siapa below poverty line atau siapa jobless.
Dilema India paling utama yang menjadi perhatian dunia hari ni;
Keluar rumah = potensi diserang Covid 19
Duduk rumah = kelaparan
Dalam situasi yang maha tersepit begitu, bagaimana rakyat India bisa melawan Covid 19?
Mengambil kata kata seorang kanak kanak yang kerja sehariannya mencari sisa makanan di tempat pembuangan sampah di Mumbai;
"Saya dengar ada penyakit sedang menyerang, dan kami tidak boleh keluar langsung dari kediaman. Kata mereka penyakit ini ambil masa 2 minggu untuk berjangkit, dan kalau sakit mungkin ambil masa 2 minggu lagi sebelum mati.
Tetapi tahukah mereka?
Ia cuma mengambil masa 5 hingga 7 hari untuk kami mati jika kami tak keluar mencari makanan?"
****
Good luck India, dan good luck untuk seluruh dunia.
P/s: Lepas baca, tengok rumah kita luas mana dan di dapur pula ada makanan apa. ☺
Sumber : Pidomat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment