Wednesday, April 15, 2020

Wabak Virus bahaya dulu hingga kini

527  - Wabak Justinian.

1347 - Wabak The Black Death

1629 - Wabak Italian

Wabak 100 Tahun.....

1720 - Wabak The Great Plague of Marseille (Kota Marseille Prancis)

1820 - Wabak Kolera (Indonesia,Thailand & Filipina)

1920 - Wabak Influenza (Sepanyol)

2020 - Wabak Coronavirus (China)

527-565 Wabak Justinian.
Justinian ni sebenarnya diambil dari nama maharaja Byzantine, Justinian I. Justinian I memerintah Byzantine dan seluruh tanah jajahan sekitar tahun 527-565 masehi.
Malang bagi Justinian I, dalam mengendali kemakmuran empayar - tiba tiba penyakit misteri menyerang, melumpuhkan seluruh Constantinople dan Byzantine amnya. Penyakit bacterium bawaan tikus melalui kapal kapal dagang yang singgah di Constantinople. Anggaran kematian mencecah 10,000 sehari. Mayat tidak berkubur, bergelimpangan di jalanan - dan itu hanyalah permulaan.
Wabak Justinian I kemudian pantas merebak ke seluruh Eropah dengan anggaran korban nyawa keseluruhannya seramai 25 juta orang.

1347 - Wabak The Black Death
Selepas 800 tahun tragedi Justinian, Eropah kembali bergoncang. Ada dua versi punca Black Death yang meletus pada tahun 1347 yang datang melalui laut hitam.
Pertama, punca wabak dibawa oleh pelaut Italy yang pulang dari Crimea ketika itu.
Kedua, punca wabak dibawa oleh pedagang kapal Genovese yang berlabuh di pelabuhan Messina, Sicily. Mereka sudah infected dan ada yang dah mati sebelum kapal berlabuh.
Renaissance belum muncul masa ni. Ahli agama lah menggalas tugas merawat pesakit dengan ritual agama, tindakan yang pastinya sia sia. Bila tak boleh selesai, kumpulan Kristian mula menuduh penganut Yahudi sebagai punca amarah Tuhan kepada manusia. Natijahnya, berlakulah pogroms (pembunuhan etnik terutamanya Yahudi) besar besaran.
Manusia ni bila datang masalah yang dia tak boleh selesai, dia salahkan orang lain. The Black Death dah satu punca, tambah pulak perang dan pembunuhan.
The Black Death terus merebak paling teruk ke Kingdom of Poland, Russia, Milan, German, Sepanyol dan Perancis.
Seluruh Eropah - anggaran kematian seramai 50 juta, hampir separuh penduduk Eropah ketika itu.

1629 - Wabak Italian
Hampir 300 ratus tahun selepas The Black Death, muncul pula apa yang sejarah namakan sebagai Wabak Italian. Sekitar tahun 1629, askar Italy yang balik dari Perang 30 Tahun memulakan outbreak di kota Mantua, Italy. Wabak kemudian merebak ke kota besar seperti Milan, Venice, Verona dan Florence.
Di Verona saja 280,000 nyawa melayang. 140,000 lagi terkorban di Venice. Sejarawan mencatatkan wabak Itali telah menjadi punca utama kemerosotan kota kota peradaban Italy, langsung menghilangkan pengaruh mereka di benua Eropah.

Wabak 100 Tahun.....

1720 - Wabak The Great Plague of Marseille (Kota Marseille Prancis)
Pada tahun 1720, wabak ini melanda bandar Marseille, Perancis membunuh lebih dari seratus ribu penduduk di bandar pelabuhan di Selatan Perancis dan sekitarnya. Kesan sosio-ekonomi cukup ketara terutama pada penjajahan yang dilakukan secara intensif di Afrika, Amerika Latin dan Hindia Barat . Hanya 25 tahun kemudian, populasi Marseille pulih seperti sebelum tahun 1720.

1820 - Wabak Kolera (Indonesia,Thailand & Filipina)
Wabak kolera pada tahun 1820 berasal dari India dan kemudian merebak ke kem ke seluruh negara Asia. Ratusan ribu orang mati akibat wabak Cholera, termasuk banyak tentera Britain, sehingga menarik perhatian masyarakat Eropah. Lebih daripada 100,000 kematian di Asia tercatat sebagai akibat wabak kolera. Ada yang menganggarkan bahawa di Bangkok, Thailand, mungkin ada 30,000 kematian akibat Wabak Kolera.

1920 - Wabak Influenza, Spanish flu (Sepanyol)
Wabak Spanish flu telah meragut lebih banyak nyawa daripada Perang Dunia I, yang berakhir dua tahun sebelum tahun 1920. Penyebab wabak selsema yang sering disebut sebagai Spanish Flu adalah virus selesema H1N1 yang telah mengalami mutasi genetik menjadikannya jauh lebih berbahaya daripada virus selesema biasa. Spanishl flu menjangkiti lebih daripada 500 juta orang di seluruh dunia, termasuk orang-orang di pulau-pulau Pasifik terpencil yang sampai ke Kutub Utara.Setakat ni, Spanish Flu ni adalah king segala wabak jangkitan yang pernah terekod oleh sejarah. Di Amerika sahaja korban nyawa mencecah 700,000 orang, manakala 2.64 juta lagi nyawa melayang di benua Eropah.

2020 - Wabak Corona Virus Covid-19 (China). Tengah melanda dunia sekarang
Sehingga hari ini wabak Covid-19 telah menjangkiti 1,997,860 orang dan membunuh 126,600 orang.

Pesakit Spanish Flu di kem Funston, Kansas. sumber livescience
Sumber : pelbagai


Pada tahun 1720 , wabah sampar melanda kota Marseille, Prancis menewaskan lebih dari seratus ribu para warga di dalam kota pelabuhan di Prancis Selatan tersebut dan sekitarnya. Dampak sosio-ekonomi cukup signifikan terutama terhadap kolonialisme yang sedang gencar dilakukan ke Afrika, Amerika Latin dan Hindia Barat yang kini disebut sebagai Indonesia. Baru 25 tahun kemudian, jumlah penduduk Marseille pulih kembali seperti sebelum 17

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Wabah Penyakit Menular Terjadi Setiap 100 Tahun", https://www.kompas.com/tren/read/2020/03/24/124434465/wabah-penyakit-menular-terjadi-setiap-100-tahun.

Editor : Heru Margiant

No comments:

Post a Comment