Saturday, August 17, 2019

Kira Loan Kereta secara Manual.

Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM35,000 pada kadar faedah rata 2.7% untuk dibayar dalam 9 tahun.

  • Jumlah Pinjaman = 35,000
  • Jumlah Tempoh Pinjaman = 9
  • Kadar Faedah = 2.7
  • Jumlah Faedah Pinjaman Anda = 2.7/100 x 35,000 x 9 = RM 8505
  • Faedah Bulanan Anda = 8505 / (9 x 12) = RM 78.75
  • Ansuran Bulanan Anda = (35,000 + 8505 ) / (9 x 12) = RM 402.82

Pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah sama rata untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman. Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.

Sumber : iMoney
Read More »

Friday, August 16, 2019

Ayam Goreng Mamak Bikin Resah


Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara-cara:

1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak

p/s Sedapkan? tunggu apa lagi? Mari pergi pasar cari bahan-bahan.

Sumber: Twitter Resepi Makanan Malaysia



Read More »

Sunday, August 11, 2019

Jom pilih bahagian yang rendah lemak dan kalori rendah


Bahagian-bahagian daging lembu
  • Otak / Brain
  • Stik Bahu / Shoulder Stik
  • Dada / Chuck
  • Tulang Rusuk / Rib
  • Betis /  Shank
  • Lulur Pendek / Short Loin
  • Batang Pinang / Sirloin
  • Punggung / Round
  • Ekor / Tail
  • Lambung / Flank
Nampaknya bahagian ekor adalah paling berlemak tapi ada 2 bahagian lain yang sedap dan femes juga lebih protein. Satu dibahagian Lulur Pendek dikenali sebagai Tenderloin Steak manakala satu lagi di Batang Pinang sebagai Sirloin Steak. Dua bahagian ni memang part yang paling sedap. Dagingnya lembut seolah-olah keras di luar cair di mulut. Cubalah.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Read More »

Saturday, August 10, 2019

Penunggang Grab Food pertahan motosikal dari disamun


















KUALA LUMPUR: Seorang penunggang penghantar makanan Grab Food, bergelut dengan dua lelaki bagi menyelamatkan motosikal Yamaha Y15zr miliknya dari cuba disamun di Phileo Damansara, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.53 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di kawasan di Phileo Damansara 2, sebelum dihampiri dua suspek lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata setibanya di hadapan sebuah bangunan, salah seorang suspek mengarahkan mangsa turun dari motosikalnya.

“Suspek terbabit menyatakan motosikal yang dinaiki mangsa adalah motor curi dan suspek ingin mengambilnya.

“Pada masa sama, salah seorang lagi suspek yang datang dari arah belakang terus memukul kepala mangsa menggunakan besi pengunci hingga menyebabkan berlakunya pergelutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zani berkata semasa bergelut, salah seorang suspek cuba bertindak melarikan motosikal mangsa namun gagal selepas mangsa yang sedang bergelut bangun dan menendang motosikal miliknya hingga jatuh bagi menghalang suspek.

“Semasa pergelutan, telefon bimbit jenis Samsung dipercayai milik salah seorang suspek terjatuh dan tertinggal di lokasi kejadian selepas kedua-dua suspek cuba melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada maklumat saksi di lokasi kejadian, dia melihat salah seorang suspek membawa parang di belakangnya namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, kepala, belakang badan dan mulut namun tidak mengalami sebarang kerugian selepas motosikalnya gagal dilarikan,” katanya.

Katanya, sehubungan kejadian ini, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat serta melihat kejadian berkenaan untuk segera memaklumkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditalian 03-79662222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ketika ini pihak polis sedang berusaha mengenalpasti identiti kedua-dua suspek berdasarkan maklumat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Sumber : Berita Harian
Read More »

'Bubble Tea' Minuman Tinggi Gula


Teh ni bagus untuk kesihatan sebab ia ada antioksidan yang dikenali flavonoids. Ia membantu untuk mencegah kanser dan penyakit jantung dengan menghapuskan radikal-radikal yang tak bagus di dalam badan.

Tapi tula fenomena sekarang ni pelbagai campuran lain dicampur dalam teh ni dan juga gula yang banyak. Bayangkan la bubble tea tu sendiri pun dari gula perang. Belum lagi air teh yang di letak gula 1/3 cawan semasa penyediaan. Berganda-gandalah gula dalam secawan bubble tea. Kira-kira 350-500 kalori dalam satu cawan. Confirm boleh naik berat badan kalau amalkan selalu.


Camana? tapi camana pun tepuk dada tanya selera.

Sumber Informasi & Grafik : Public Health Malaysia
Read More »

Top 5 bandar tempat kerja RILEK dan STRESS GILA



Top 5 bandar tempat kerja RILEK
  1. Helsinki, Finland
  2. Munich, Germany
  3. Oslo, Norway
  4. Hamburg, Germany
  5. Stockholm, Sweden

Top 5 bandar tempat kerja STRESS GILA
  1. Tokyo, Japan
  2. Singapura, Singapore
  3. Washington, USA 
  4. Kuala Lumpur, Malaysia
  5. Houston, USA
Read More »

Friday, August 9, 2019

3 perkara yang paling susah nak buat kat dunia ni.





















TIGA perkara yang paling susah dilakukan di dunia ini:
  1. Kau tak boleh kira rambut sendiri
  2. Kau tak boleh basuh mata kau dengan menggunakan sabun
  3. Kau tak boleh bernafas bila kau keluarkan lidah kau
Dah, sekarang masukkan balik lidah tu
Serupa anjing dah tengok.


Read More »