Friday, August 2, 2019

Pemilik lori rayu orang ramai pulangkan susu yang diambil

Sebahagian tin susu yang dikatakan diambil oleh orang ramai selepas lori treler terbalik di Simpang

BACHOK - Pemilik lori yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar, di sini semalam meminta orang ramai yang mengambil susu dari kenderaan berat itu memulangkannya kembali bagi mengelakkannya menanggung kerugian besar. 

Azizan Zainuddin, 57, berkata, lori yang dipandu anaknya, Mohd Baihaki, 25,  itu membawa 24 palet susu milik sebuah syarikat.

Menurutnya, mereka hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Klang, Selangor ke sebuah gudang di Pengkalan Chepa.

"Saya merayu agar sesiapa yang mengambilnya memulangkan kembali kerana susu itu tidak halal diminum kerana bukan milik kita.

"Setakat ini saya hanya menerima semula dua palet. Satu palet mengandungi 50 kotak susu. Satu kotak ada 48 tin susu, bayangkan berapa banyak kerugian terpaksa ditanggung untuk mengantikan kehilangannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azizan berkata, pihaknya akan meminta pihak masjid mukim Wakaf Zin membuat pengumuman mengenainya waktu solat Jumaat hari ini dan orang ramai yang terambil boleh meletakkan barangan itu di masjid berkenaan sekiranya malu untuk berurusan secara terus.

"Orang ramai yang mahu pulangkan susu juga boleh menghubungi saya di talian 014-8498669 dan saya amat menghargai keikhlasan orang ramai," katanya.

Kejadian pada pukul 4 petang semalam itu tular di laman sosial apabila orang ramai tanpa segan silu mengambil susu dari lori berkenaan.

Kes kemalangan itu turut dilaporkan kepada pihak polis pada hari kejadian.

Azizan berkata, anaknya yang cedera di bahagian dahi sempat melihat muatan susu yang dibawa tidak bertaburan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun tidak lama selepas itu, gambar-gambar orang ramai mengambil susu tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau turut meminta orang ramai yang terambil susu berkenaan memulangkan kembali kepada pemilik lori berkenaan untuk dikembalikan kepada gedung yang menempahnya

Sumber : Kosmo
Read More »

Sungei Wang 'The River of Gold' di 2019



Di peringkat antarabangsa dikenali sebagai "The River Of Gold", Sungei Wang memaparkan daya tarikan dan populariti di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Ia adalah salah satu pusat beli-belah terpanjang dan pusat membeli-belah terbaik di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sungei Wang dibuka untuk perniagaan pada tahun 1977 dengan pusat beli-belah 1.2 juta kaki persegi terdiri daripada tujuh tingkat membeli-belah dan tiga ruang letak kereta tingkat bawah pameran. Pusat membeli-belah terus menerima purata dua (2) juta pengunjung setiap bulan.

Sungei Wang meletakkan dirinya sebagai pusat membeli-belah yang hebat di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan pelbagai pilihan dalam fesyen, aksesori, telefon bimbit, alat, kecantikan dan banyak lagi pada kadar yang berpatutan untuk semua jenis pengunjung.

40 tahun yang lalu dengan sejarah kejayaan dan anugerah cemerlang untuk Sungei Wang. Walaupun terdapat banyak pesaing yang hebat, ianya masih unggul mendahului.

Tapi pada tahun 2019, Sungei Wang seolah tidak bermaya. Banyak kedai yang telah lama beroperasi telah tutup. Bagi generasi x dan y pasti tidak lupa pusat hiburan arked yg menyediakan ratusan permainan arked antaranya SEGA SATELITE. Mereka bukan sahaja datang untuk bermain game malah ada yang datang untuk tempah seluar sekolah mereka yang pernah menjadi fenomena suatu masa dulu. Poket lidah marlboro? petak? bawah besar? pasti menjadi kenangan yang berharga.

17 July 2019...


Image may contain: one or more people

No photo description available.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor


Read More »

Thursday, August 1, 2019

Perpustakaan Shah Alam (PPAS Raja Tun Uda Shah Alam)















Perpustakaan ni bagus. Selain boleh membaca buku juga boleh beriadah di sana. Jika mahu bawa beriadah dengan anak-anak kecil, ku cadangkan bawa diorang ke perpustakaan Shah Alam (PPAS). Tapi untuk budak kecik bahagian kanak-kanak jer boleh masuk.

Pelbagai buku pelbagai umur dari toddler sampai la buku anak tahap 2. Tempat memang selesa sampaikan boleh baring. Mana tidak, syarat nak masuk kena buka kasut/selipar dulu.

Tarikan lain untuk anak kecil adalah PPAS juga ada menyediakan seperti komputer Windows dan Mac, sedikit permainan, zone lego dan permainan game. Tempat ni bising biasalah yang ramai adalah anak kecik tapi usah bimbang. Bilik bacaan di sediakan. 

Oh ya bagi mereka yang bawa kereta, parking disediakan disertakan sekali kemudahan buggy car. Sebab apa ada buggy car. Sebab parking jauh juga dalam 300m. Parking rate rm2 sekali masuk manakala buggy car free.

Untuk makan kafetaria ada disediakan dengan pelbagai makanan berlauk, ala carte dan lain-lain.
Lihat sendiri gambar-gambar yang menarik permandangan di dalam sana.












Read More »

Wednesday, July 31, 2019

Kata-Kata Semangat

Image may contain: text

Aku dah cukup tua untuk ambil kisah orang suka atau tak. Suka, sukalah. Tak suka, sudah
Read More »

Badminton sukan overall body

Korang suka main badminton? Baik korang suka. Badminton adalah salah satu sukan yang menggunakan otot bawah dan atas badan secara konsisten dan keras.

Korang tak perlu pikir nak latihan otot mana.  main badminton boleh kata overall body guna. Lebih-lagi jika anda jenis jump smash. Tahukah gerakan jump smash menggunakan dari otot keting, peha, perut,  dada, bahu, lengan dan seterusnya pergelangan tangan secara serentak. Semua otot tadi akan digunakan serentak. Syokkan? 

Konsep yang sama digunakan dalam bola tampar, basketball. Tapi kita fokus kepada badminton.  Jadi marila kita bermain badminton untuk gerakkan semua otot kita dengan gembira.




Read More »

Touch 'n Go eWallet PIN (PIN TIADA LAGI)

Kepada pengguna baru TOUCH N GO eWALLET
Dapatkan (FREE RM6 + 3x 100% Tol Rebate) dgn hanya lakukan 5 step di bawah ni

  1. Download Apps Touch n Go eWallet di Playstore dan Apps store.
  2. Register ikut step sampai complete dan masukkan referral code: 63qzdi (3 X 100% Tol Rebat) 
  3. Bila complete klik 'RELOAD NOW' dekat main pages dalam Apps tu. 
  4. Kemudian klik TNG RELOAD PIN & masukkan mana2 no siri/pin gambar di bawah. Jika INVALID, wasap.my/60182703389/tngpin untuk pin baru 
  5. Done! Selain Tol, boleh juga berbelanja di lebih 80k merchant antaranya (Shell, MrDIY DLL)

*Satu softpin hanya untuk satu Acc sahaja..
*Sila wasap untuk no SIRI/PIN dalam kuantiti yang banyak jika mahu diberikan kepada orang lain.
wasap.my/60182703389/tngpin






Read More »

Monday, July 29, 2019

Nasi Kudu bin Abdul 'Nasi Kandar KL' yang femes

Siapa yang tak kenal restoran nasi kandar kl ni yang sentiasa beratur di Jalan TAR di persimpangan maju junction. Kedai ni biasa ramai dan beratur.  30 minit beratur tu standard. Tapi ada trick untuk tak beratur.  Jangan datang masa lunch. datang petang lepas kol 5 petang.  Lauk pun masih banyak.
Rata-rata pengunjung ambil lauk ayam goreng atau ayam bawang.  Tapi ku rekemen cuba limfa. Di sini air bandung selasih menjadi pilihan. 
Harga pula,  berpatutan dan bukan harga terkejut.  standard price. Dont worry. 
Lokasi boleh waze. kalau pakai kereta parking agak payah sket. Better naik motor.  Pada siapa nak naik pengangkutan awam. Guna Monorel berhenti di Stesen Medan Tuanku. 400m berjalan. Selamat berjaya. 






parking jauh sedikit




Read More »